Rumpun bangsa Jakun atau disebut juga Orang Ulu dikatakan berasal
dari Yunan, selatan China. Penempatan utama mereka adalah di kawasan pantai
Pahang, Rompin, Pekan dan Johor Utara. Kebanyakan dari mereka masih mengamalkan
kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit,
lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka mula berhijrah ke semenanjung tanah melayu kira-kira 5000
tahun yang lalu Mereka kuat berpegang kepada
pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.
Mereka mengamalkan animisme.
Kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekitar seprti gunung, bukit, lembah,
sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka percaya kampung mereka akan dilanda
bencana sekiranya ada di antara mereka yang melanggar pantang larang.
PERKAHWINAN SUKU JAKUN
Adat
perkahwinan suku kaum ini bermula dengan rombongan merisik yang diketuai
oleh ketua keluarga pihak lelaki bersama Tok Batin. Amalan ini dilakukan secara
senyapdan hanya diketahui oleh keluarga sebelah lelaki dan perempuan sahaja.
Setelah kedua belak pihak mencapai kata sepakat maka diikuti dengan upacara
meminang serta hantaran diikuti dengan penetapan tarikh majlis
perkahwinan. Cincin “belah rotan” digunakan sebagai tanda pertunangan, pengeras
(batu kepala) satu suku(duapuluh lima sen) ,dan kelengkapan serba satu
(sepasang pakaian, sepasang kasut, alat-alat solek, sehelai sapu tangan
dan satu set perkakas jahitan iaitu gunting, jarum, dan benang).
Lazimnya,
rombongan peminangan terdiri daripada ibubapa pihak lelaki, saudara mara
terdekat, dan Tok Batin. Tok Batin bertindak sebagai saksi dan penasihat adat
perkahwinan. Jika sekiranya dari kampung atau wilayah berlainan maka melibatkan
kedua-dua Tok Batin dari wilayah atau kampong tersebut hadir sama sebagai
penasihat dan saksi. Jika perlu, peranan Tok Batin jugaboleh bertindak sebagai
wali, dalam situasi tertentu.Seterusnya, dan sebelum hari perkahwinan, bermula
dengan jemputan rasmi kepada anggota keluarga yang terdekat. Lebih terhormat
lagi jemputan ini dilakukan dari rumah ke rumah oleh pihak pengantin lelaki
atau perempuan yang berkenaan terhadap saudara mara atau waris masing-masing.
Jemputan juga dilakukan terhdap sahabat-handai, rakan-rakan dan jiran. Biasanya
kedua-dua belah pihakberkumpul di rumah pengantin perempuan sehari sebelum.
Pada malamnya dimulakan dengan upacara malam berinai yang merupakan sebahagian
daripada persiapan sebelum majlis persandingan pada keesokan harinya.
Sebelum
majlis persandingan bermula dengan perarakan pengantin lelaki ke rumah perempuan
dan seterusnya ke jinjang pelamin .Perarakan ini diiring oleh kaum keluarga
terdekat beserta dengan bunyi gong dan gendang . Setelah sampai di halaman
rumah salah seorang dari kumpulan perarakan pengantin lelaki memberi salam
dalam bentuk pantun, dan pantun dibalas oleh pihak pengantin perempuan.
Gambar : Wanita Jakun
Setelah
berbalas pantun, gendang dipalu lagi diikuti dengan tarian lian buah pukul
(silat menyambut kedatangan pengantin lelaki)
oleh pihak pengantin lelaki serta pihak pengantin perempuan, dan
kebiasaannya juga dua orang. Di atas pelamin menurut adatnya juga pengantin
perempuan duduk sebelah kiri pengantin lelaki.Adapun, pasangan pengantin di
atas pelamin itu juga di sebut Raja Sehari . Seterusnya, diikuti dengan tarian (silat) sembah pengantin .
Tempung
Tawar direnjis tanda restu anggota keluarga, saudara mara, sahabat handai dan
tetamu.Selesai upacara persandingan kedua-dua pengantin diiringi masuk kedalam
rumah dan diikut dengan majlis amanat dari generasi tua waris terdekat kepada
pasangan pengantin yang diketuai oleh kedua-dua Tok Batin.Masyarakat Orang Asli
mengaanggap perkahwinan sebagai sesuatu yang suci dan perceraian sebagai
sesuatu yang durjana. Aspek kasih sayang, persefahaman,
keserasian, dan seumpamanya lagi merupakan elemen-elemen penting
dalamperkahwinan.Seseorang Orang Asli yang memohon perceraian dikatakan telah
mengabaikan tanggungjawab orang dewasa dan memutuskan komitmen sepanjang
hayat.Perceraian dianggap sebagai tidak bermoral dan bertentangan nilai dan
norma suku kaum itu, masyarakat Orang Asli.
KEPERCAYAAN
Suku bangsa Jakun di negeri Johor
percaya wujudnya dua tuhan (Tuhan Atas dan Tuhan Bawah), dewata, keramat dan
roh-roh penting dalam kehidupan mereka. Tuhan Bawah, suami kepada Tuhan Atas
yang mana tugasnya menjaga bumi. Tuhan Atas pula adalah sebgai isteri yang
memayungi bumi atau Tuhan Bumi. Mereka mempunyai pegangan ruyub dan raib (kitab
suci masyarakat jakun dalam bentuk lisan) yang diwariskan dalam bentuk lisan.
PERAYAAN
1
Hari perayaan
Perayaan ini akan diadakan pada
setiap tahun. Kebiasaannya diadakan semasa cuti Tahun Baru Cina. Ini disebabkan
pada hari tersebut, semua penduduk ada di kampung dan mendapat cuti sempena Tahun
Baru Cina tersebut. Tujuan mengadakan perayaan ini adalah memuja dan menjauhkan
dari segala bencana untuk kampung dan semua penduduk kampung tersebut. Perayaan
ini juga ditetapkan dan didahului oelh seorang Tok Pawang atau bomoh kampung.
Pada ketika ini, kunjung-mengunjung
tidak digalakkan, malah tidak dibenarkan langsung. Orang luar tidak dibenarkan
masuk ke kampung yang sedang menjalankan istiadat ini. Ini dipercayai
disebabkan takut kalau-kalau hantu-hantu jahat mengikut masuk bersama mereka
tersebut.
Tok Pawang akan mendahului upacara
dengan mengadakan satu tempat khas bagi memuja dan menghalau segala syaitan. Di
kawasan upacara ini dipasangkan sangkak dan disediakan satu tempat makan bagi
sajian hantu dan
syaitan dan hantu yang dipanggil untuk bersama-sama makan. Perkara ini hanya
diketahui oleh Tok Pawang sahaja. Pada saat ini, Tok Pawang dan pengiringnya
memuja dan mengelilingi sangkak yang telah disediakan dengan penuh adat
istiadat dan kepercayaannya.
Penduduk
lain yang diketuai oleh ketua kampung atau batin akan menyediakan makanan yang
agak luar biasa dari hari kebiasaannya. Juadah tersebut seperti lemang,
kuih-muih dan lauk yang lazat seperti ayam, daging dan bermacam-macam lagi.
Selama
tiga hari oarng kampung dilarang :-
i.
Mencangkul tanah atau membajak
ii.
Mandi secara riuh rendah
iii.
Memetik segala daun-daun yang hidup seperti pucuk
ubi.
iv.
Mengupas batang pisang atau kulit kayu yang
menyerupai cahaya putih.
v. Membenarkan orang-orang kampung lain masuk ke
kampung yang telah ‘dibela’ (pagar).
2. Berjerom
Orang Jakun
masih percaya kepada hantu, keramat, dewa-dewa dan adat istiadat mengubat
pesakit secara berjampi dan ia masih diamalkan sehingga kini. Semangat puaka
yang berkaitan dengan tuhan atas dan tuhan bawah masih tebal dalam ingatan
mereka.
Upacara
berjerom akan diadakan di tempat berpuaka seperti batu besar, gua batu, lubuk
sungai, pokok-pokok seperti pokok sena, pokok beringin, ara, merbau dan
meranti. Oleh itu, sekiranya orang luar yang tidak mengetahui tempat-tempat
yang telah diberjerom ini tidak debenarkan sama sekali mengusik barangan yang
telah diletakkan di tempat-tempat tersebut.
Pada hari
itu, mereka akan menurunkan segala ilmu tangkal jampi serta kepandaian bomoh
kepada individu yang terpilih. Semua penduduk kampung akan berkumpul dalam
upacara tersebut di mana sebelah malamnya, bomoh-bomoh akan menurunkan segala
tangkal jampi kepada bakal bomoh yang baru.
3. Berlancang
Perayaan
ini diadakan setahun sekali iaitu hari bagi memuja sungai dengan mengadakan
berjenis-jenis masakan. Ia dimakan sambil bermandi selepas patung atau perahu
kecil yang dihias dihanyutkan ke sungai.
KEMATIAN
SUKU JAKUN
Ketika
berlaku kematian sebilangan penduduk di kampung atau wilayah itu akan datang
menziarahi si mati. Berita sedih kematian disampaikan oleh pihak keluarga si
mati.Aktiviti harian seperti berladang, memburu, berotan, dan sebagainya
dihentikan seketika bagi mengelakkan ditimpa malapetaka. Derma ikhlas dilakukan
samadawang, berupa makanan dan minuman atau barang-barang masakan kepada keluarga
si mati dilakukan mengikut kemampuan masing-masing untuk persiapan upacara
pengembumian. Setelah menerima khabar kematian biasanya, telinga kanak-kanak
diconteng dengan kapur sireh atau arang yang telah dijampi bagi mengelakkan “tersampuk”
(terkena gangguan roh si mati atau hantu syaitan).
Sebelum
mayat dikebumikan, dimandikan terlebih dahulu dengan air biasa seterusnya badan
si mati disapu bedak tepung tawar. Setelah selesai dimandikan, simati
dikapankan menggunakan kain putih tujuh lapis, dalam keadaan terbujur tangan
bersilang di dada, bahagian muka dibuka, serta mayat diikat tujuh dan
dimasukkan ke dalam keranda. Dikebumikan dikawasan perkuburan nenek moyang
dengan menggali lubang berbentuk empat segi bujur sedalam tidak kurang melepasi
paras dada. Sudah menjadi amalan nenek moyang mereka dimana kedudukan keranda
iaitu bahagian kepala mayat ditanam ke arah matahari terbenam.
Dalam
suasana kesedihan, anggota keluarga, sudara mara serta rakan-rakan danlain-lain
yang hadir diberi peluang mencampakkan segengam tanah ke lubang kubur sebelum
ditimbus sepenuhnya sebagai tanda bekalan dan melepas si mati kembali kepada
asal usul kejadian manusia, kembali tanah (bumi). Seterusnya, tiang nisan
didirikan dengan tujuh lilitan tali kain kapan (cebisan tepi kain kapan). Ahli
keluarga dan sudara mara juga berkesempatan menyiram air di atas kubur, malahan
ada juga yang bersiram, masing-masing mengucapkan kata selamat ke alam baru dan
mengingati roh si mati jangan mengacau ganggu ahli keluarga serta sudara
marayang masih hidup.
Biasanya
juga ahli keluarga si mati akan membawa bersama makanan (termasuk kapur sireh
dan rokok) serta air (tea / kopi / milo / susu / air biasa dan / atau
kesemuanya), diletakkan pada bahagian kaki kubur si mati, danmemasang api.
Pokok Bunga Cempaka atau lain-lain pokok bunga yangbersesuaian ditanam sebagai
tanda peringatan dan keindahan alam baru si mati.Anggota keluarga, sudara mara
serta rakan-rakan, masing-masing meninggalkan tanah perkuburan dengan tidak
menoleh kebelakang, sejauh tujuh langkah dari kubur. Sekembali dari upacara
pengkebumian, daun limau selit didinding rumah agar roh simati tidak lepas
masuk ke dalam rumah dan terhenti di situ sahaja. Orang yangterlibat dalam
aktiviti pengebumian hendaklah mandi terlebih dahulu sebelum naik ke rumah.
Sementara pakaian yang dipakai semasa menziarahi kematian, alatan seperti
cangkul, pengali, dan sebagainya, juga tidak boleh dibawa naik terus kedalam
rumah dan biasanya diletak bejauhan atau luar rumah.Ahli keluarga, dan sudara
mara terdekat juga akan mengadakan kenduri kecil setelah genap tujuh hari
pemergian si mati atau disebut“nujuh hari‟ .
Jenis
masakan dan minuman biasa dihantar ke kubur awal pagi. Setelah genap seratus
hari, sekali lagi dibuat kenduri besar sedikit disebut “meratus‟ Seluruh warga
kampung dijemput datang. Seperti biasa juga, masakan dan minuman biasa dihantar
ke kubur berserta unggun api dipasang.
Selepas
meratus hari semua harta benda atau harta pusaka kepunyaan si mati diagihkan
kepada ahli keluarga atau waris yang layak atau juga sekiranya diwasiatkan oleh
si mati sebelum meninggal. Barangan pusaka atau barangan peninggalan yang tidak
diperlukan akan dibakar, manakala barangan harta benda yang selalu sangat
digunakan oleh si mati semasa hidup, biasanya dihantar ke kubur beliau.
MENDAMPINGI
ORANG JAKUN
Dalam
kalangan masyrakat ini, lawatan dan kunjungan merupakan amalan biasa seperti
masyarakat lain. Mereka mengalu-alukan tetamu terutamanya dari masyarakat lain/
lawatan dan kunjungan juga digalakkan pada musim buah-buahan, waktu kenduri dan
perayaan-perayaan khas seperti buka pantang.
1. Menziarah
Pada waktu
mlaam dan pagi adalah waktu yang sesuai untuk membuat lawatan. Dalam
perbincangan pelawat atau tetamu, mereka
lebih suka jikalau kita mendengar dahulu apa yang ingin mereka perkatakan
sebelum kita mengulasnya mereka sangat suka sekiranya kita ingin belajar adat
istiadat kaum mereka.
Ketika
sampai dirumah, tetamu seharusnya tidak terus naik ke rumah sehingga dipelawa.
Semasa berada did lam rumah, tetamu hendaklah memilih tempat yang sederhana.
Dilarang duduk atau masuk ke tempat tidur dan ditegah menyentuh barangan yang
terdapat di dalam rumah.
2. Memulakan perbualan dan perkenalan
a.
Menjamu rokok atau tembakau
b.
Dihulurkan kepada ketua rumah dahulu
c.
Manjamu rokok tau sebagainya kepada lelaki terlebih
dahulu.
Untuk
perempuan atau gadis, tidak perlu mempelawa kepada mereka tetapi melalui
keluarga mereka. Ini bertujuan untuk mengelakkan perasaan cemburu kaum lelaki
kepada pelawat.
terima kasih atas perkongsian ini. Ianya sangat membantu!
ReplyDeleteterima kasih
ReplyDelete