Tuesday, March 6, 2012

Kelahiran suku kaum orang asli Bahagian 1

KELAHIRAN SUKU KAUM ORANG ASLI

A) Kelahiran suku Mahmeri

Apabila kandungan ibu mencapai 6 hingga 7 bulan,pasangan suami isteri akan menempah seorang bidan pilihan mereka. Bidan tersebut akan mengurut dan memeriksa kandungan ibu. Ibu akan diberi minum air selusuh yang dijampi untuk memudahkannya bersalin. Kelahiran bayi biasanya disambut oleh seorang bidan dan dibantu seorang bomoh yang berpengalaman dalam membaca jampi mentera.

Setelah bayi dilahirkan, bidan akan memotong tali pusat bayi tersebut sambil menyebut nama yang telah dipilih oleh keluarga bayi tersebut serta mendoakan kesejahteraan bayi ini. Dalam tempoh 44 hari, bidan akan mengurut ibu dan memandikan bayi. Mereka percaya bahawa uri merupakan saudara kembar bayi dan mereka akan membersihkan dan menanam uri dengan sempurna di dalam tanah kering di belakang rumah.

Semasa di dalam pantang, si ibu tidak boleh memakan makanan yang dianggap boleh membawa penyakit seperti telur dan keladi serta benda-benda sejuk. Makanan pedas, berempah dan berduri juga tidak boleh dimakan.
Selepas 44hari, upacara cuci lantai diadakan.Dalam upacara ini si ibu
dan bidan akan menepung tawar antara satu sama lain untuk membersihkan diri dan                      
membuang sial. Si ibu dan bayi akan
memakai gelang benang merah bagi
menandakan tamat pantang.








B) Kelahiran suku Mah Meri
 
Semasa mengandung,suami isteri dilarang mendekati binatang-binatang yang boleh memudaratkan kandungan seperti beruk,ular dan kura-kura. Si bapa tiak boleh memaku. Tidak boleh menghampiri orang mati. Tidak dibenarkan makan daging rusa,kancil,babi,ayam hutan dan lain-lain kecuali dijampi terlebih dahulu dan dilarang makan pisang yang patah tengkuk.
Bagi menentukan tarikh kelahiran dan kandungan sihat, si ibu akan menemui bidan.Bidan akan bersama dengan si ibu hingga bayi selamat dilahirkan dan menyediakan sembilu buluh yang telah diikat dan dijampi bagi tujuan memotong tali pusat. Selepas bersalin, si ibu akan berpantang selama sebulan.

Semasa dalam pantang, ibu tidak dibenarkan maknsayur-sayuran,ikan berbisa,cili,minyak masak dan kelapa,air sejuk,kecuali air kopi dan air suam. Mereka cuma akan makan nasi berlaukkan ikan panggang atau digoreng tanpa minyak.Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk. Selepas habis pantang ibu boleh mandi di sungai dengan syarat ditangkal terlebih dahulu.
Selepas pantang, bayi akan mandi Putus Ubat. Bidan memohon restu agar bayi ini selamat dan tidak diganggu syaitan. Ibu tidak dibenarkan berpanas,luka,jatuh  
dan mengupas ubi kayu. Sebagai membalas hutang kepada bidan, Ibu pula akan mandi Bidan. Ibu akan
memberi kain batik,wang RM1.25 dan
hadiah mengikut kemampuan kepada
bidan.





C) Kelahiran suku Temiar

i) Semasa mengandung   :
Semasa isteri sedang mengandung kedua pasangan terpaksa mematuhi beberapa pantang larang seperti suami tidak memegang alat menangkap ikan kerana dikhuatiri bayi yang dilahirkan itu nanti terlekat uri. Tidak boleh memancing ikan kerana dipercayai tali pusat bayi akan putus semasa bersalin. Memotong buluh/tebu mesti mengikut ruas untuk mengelakan bayi dalam kandungan dalam keadaan songsang. Tidak boleh makan kijang, ayam hutan dan ikan yang mempunyai sengat ditakuti bayi terkena 'kenan' dan menghidap sakit 'sabat'(sawan). Tidak boleh makan buruan yang telah ditembak kerana dipercayai kandungan akan gugur.
Gambar 3 : Bayi yang baru dilahirkan
Ibu ditempatkan di sebuah bilik khas (biasanya di bahagian dapur). Tempat tidur disediakan dalam kedudukan condong 20 darjah untuk memudahkan ibu bersalin. Suami dan saudara-mara perempuan terdekat boleh turut sama duduk di sisi. Tok Bomoh dan Bidan dipanggil untuk menjampi dan membantu ibu bersalin. Mereka ini memainkan peranan sebagai 'tuhad'  iaitu penyelamat. Bidan akan menolong dan mengurut ibu sehingga bayi dilahirkan. Bidan akan balik setelah ibu 'buka pantang' iaitu seminggu selepas bayi dilahirkan. Uri bayi akan digantung di atas pokok dipercayai supaya tiada gangguan akan berlaku terhadap bayi.

ii) Pantang selepas bersalin        :

Selepas bersalin ibu dan bidan akan berpantang selama seminggu. Mereka tidak boleh makan semua jenis binatang dan garam. Begitu juga kepada suami jika dia menyentuh bayi tersebut ketika dilahirkan.
Untuk mengadakan majlis ini persiapan kenduri disediakan oleh kedua pihak keluarga. Ibu dan bidan akan dihidangkan dengan makanan khas yang berlainan dari tetamu. 'Tuhad', ibubapa, mertua dan bidan akan berbincang untuk memberi nama bayi.

 
D) Kelahiran suku Seletar

Apabila isteri hampir bersalin, suami akan menjemput Mak Bidan dan memberi tahu semua penduduk kampong mengenai perkara tersebut. Kaum wanita akan dating membantu dan juga memeberi semangat kepada ibu tersebut.
Setelah anak dilahirkan, adalah menjadi pantang kepada semua yang hadir memuji kecantikan bayi tersebut kerana dipercayai hantu-hantu atau roh-roh yang tidak diundang akan mengganggu kehidupan bayi berkenaan seperti terkena sawan atau sebagainya.

Gambar 4 : Satu keluarga

No comments:

Post a Comment