Orang
seletar atau ‘sea gypsies’ merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai dan
laut yang tinggal dalam perahu, di laut, persisiran pantai dan kuala sungai.
Kawasan utama penempatan mereka ialah di persisiran pantai selatan Johor dan
utara Singapura.
Secara
tradisinya, mereka bergantung kepada hasil laut. Keadaan ini menyebabkan mereka
hidup berpindah-randah. Walaupun begitu, perubahan dalam sosio-ekonomi telah
merubah cara hidup mereka. Kini, mereka tinggal dan menetap di kawasan penempatan
yang lebih teratur dan tersusun di persisiran pantai selat Johor. Mereka juga
menangkap ikan dengan menggunakan
peralatan moden. Ada di antara mereka yang bekerja di kilang
perindustrian. Mereka mengamalkan animism dan ada di antara mereka yang
menganut agama Islam.
PERKAHWINAN
SUKU SELETAR
Orang
Seletar berkahwin dalam kalangan suku kaum mereka sendiri. Waris pihak lelaki
akan merisik untuk mendapatkan persetujuan pihak perempuan. Setelah itu, waris
pihak lelaki akan dihantar untuk melamar. Sebagai tanda peminangan, pihak
lelaki akan memberi sehelai kain batik dan pihak perempuan akan membalas dengan
sehelai kain pelekat sebagai tanda setuju. Kedua-dua pihak akan menetapkan
tarikh dan hantaran belanja untuk majlis perkahwinan. Menjelang hari perkahwinan
perbincangan terakhir di antara kedua-dua belah pihak diadakan. Perbincangan
ini dipengerusikan oleh Batin. Dalam perbincangan ini, pihak lelaki biasanya
bersetuju dengan keputusan yang dibuat.
Apabila
semuanya telah dipersetujui, kedua-dua pihak akan menjemput semua ahli keluarga
jauh dan dekat. Adalah menjadi pantang sekiranya ada di antara mereka ahli
keluarga yang tidak dijemput atau diberitahu mengenai majlis tersebut. Bantuan
jiran dan ahli keluarga juga amat diperlukan bagi melancarkan majlis
tersebut.Pada hari perkahwinan kedua-dua pengantin berdandandan berinai di
rumah masing-masing. Mereka tidak boleh mandi laut kerana pengantin dipercayai
berdarah manis. Oleh itu mereka akan dimakan hantu laut.
Kebarangkatan
tiba rombongan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan akan diiringi
dengan paluan gendang dan bunyi ketukan tin dan tong sebagai satu isyarat.
Semasa majlis bersanding, kedua-dua mempelai akan diberi nasihat oleh salah
seorang waris yang telah ditentukan. Seterusnya upacara makan berdamai
diadakan. Semua tetamu diberi jamuan.
PERAYAAN
Orang
Seletar tidak mempunyai hari perayaan sendiri. Mereka menyambut perayaan yang
diraikan oleh masyarakat sekeliling. Selain daripada itu, mereka menganggap
lawatan orang kenamaan ke perkampungan mereka sebagai perayaan tidak rasmi.
Pada ketika itu semua penduduk kampung turut terlibat untuk memeriahkannya.
KEMATIAN
SUKU SELETAR
Apabila
berlaku kematian, semua penduduk kampong akan berkabung dan tidak dibenarkan
menjalankan aktiviti seharian sebagai menghormati jenazah dan keluarganya.
Jenazah akan dikebumikan segera setelah diberitahu kepada semua ahli keluarga
yang terlibat. Jenazah akan diiringi ke tanah perkuburan oleh kaum lelaki
sahaja sementara kaum perempuan tidak dibenarkan ke tanah perkuburan sebelum
jenazah dikebumikan.
Pelita
akan dipasang di atas kubur selama enam hari enam malam berurut-turut. Semua
peralatan si mati akan diletak di atas kubur dan diselubungkan dengan jala.
Perbuatan ini dipercayai dapat mengelakkan roh si mati daripada mengganggu
keluarga dan penduduk di situ.
KEPERCAYAAN
DAN PANTANG LARANG
Terdapat
beberapa kepercayaan dan pantang larang dalam masyarakat orang Seletar iaitu :
HANTU PANTAU DAN LAUT
Dipercayai
setiap pantai dijaga oleh hantu pantai dan laut pula dijaga oleh hantu laut.
Oleh itu, mereka dilarang menyebut atau memanggilnya apabila berada di tempat
tersebut kerana dikhuatiri akan menerima bencana seperti tangkapan ikan akan
berkurangan kerana dipercayai ikan tersebut dimakan hantu. Begitu juga jika
mereka hendak menebang pokok bakau, mereka hendaklah meminta kebenaran terlebih
dahulu daripada hantu pantai.
CABUL MULUT
Cabul
mulut merupakan larangan bagi seseorang daripada menyebut sesuatu yang tidak
elok seperti adanya hantu yang menyerupai sesuatu objek. Hantu itu dipercayai
akan menyampuk dan orang berkenaan akan terkena ‘dinah’.
PANTANG DI LAUT
Orang
Seletar percaya bahawa laut merupakan tempat tinggal hantu dan penunggu laut.
Oleh itu, semasa berada di laut, jika kita ingin melakukan sesuatu, kita perlu
meminta izin daripada mereka terlebih dahulu. Hal ini kerana, sekiranya kita
tidak berbuat begitu, ia dianggap telah mengotorkan tempat tersebut dan
menyebabkan mereka akan Dinah.
Orang
yang ‘dinah’ akan meracau tidak tentu arah. Untuk mengubati pesakit tersebut,
pawing akan meminta bantuan raja mambang iaitu Mambang Tali Arus Besar dan
Kecil. Mambang ini merupakan pengantara di antara pawing dan penunggu laut.
Biasanya pesakit akan diubati. Proses pengubatannya bergantung kepada berat atau
ringan Dinah yang ditanggung pesakit.
AMALAN KESIHATAN DAN PERUBATAN
Pawang
atau bomoh memainkan peranan penting dalam masyarakat orang seletar. Mereka
akan memberikan penawar terlebih dahulu kepada pesakit sebelum pesakit
mendapatkan rawatan hospital.
No comments:
Post a Comment