E) Kelahiran suku Jakun
Semasa Isteri Mengandung
pasangan suami isteri terikat dengan
beberapa pantang larang. Diantaranya dilarang menyembelih atau membunuh binatang
dikhuatiri “kenan‟ pada bayi dalam kandungan (bencana akan memudarat bayi dalam
kandungan).
Setelah bayi dilahirkan, tali pusatnya
dipotong dengan menggunakan sembilu buluh yang telah dijampi dan seterusnya
tali pusat diikat tujuh bahagian. Sesudah selesai dimandikan dan diselimutkan.
Sementara uri dan tembuni bayi pula disimpankan dan biasanya ditanam oleh si
suami ditempat yang jauh dari laluan orang. Selesai ditanam, puntung kayu api
berbara ditinggalkan berhampiran tempat tanaman. Bila melangkah balik, suami
dilarang menoleh ke kiri atau ke kanan kerana dikhuatiri mata bayi menjadi
juling.
Selepas empatpuluh hari bayi dilahirkan
“upacara bercukur‟ dilakukan bertujuan membersih diri bayi dari “bala‟
(malapetaka), disamping membuang sial atau menolak bala
.
Gambar
5 : Suku Jakun
Berpantang
selepas bersalin merupakan amalan biasa masyarakat Orang Asli.Setiap bangsa di
negara ini mempunyai amalan berpantangnya sendiri untukkembali sihat dan
bertenaga selepas melahirkan anak.Perempuan selepas bersalin berpantang selama
empat puluh empat (44) hari.Sepanjang tempoh ini kesihatan mereka dijaga rapi
terutamanya dari segi pemakanan. Ibu dalam pantang tidak dibenarkan memakan
jenis makanan pedas(cili, kari, dll.), masam (nenas, asam jawa, kundang, dll)
dan makanan yang boleh menyebabkan gatal (udang, ketam, ikan pari, dll.),
makanan berbisa (binatang buruan hasil sumpitan, ikan sengat, dll.), dilarang
memakan makanan sejuk,termasuk ais, dan menghindari makanan yang berangin
seperti pulut dan buahnangka kerana semuanya itu boleh menjurus memudaratkan
kesihatan ibu bagi jangka masa pendek dan hari tua.
Sebaliknya
digalakkan memakan makanan yang kurang berminyak, ulaman seperti pegaga yang
dapat menambah penghasilan susu ibu. Jenis masakan berkuah seperti singgang
ikan haruan, ikan toman dan belut paya (bukan sawah) dipercayaai dapat
menyembuh luka dalaman dan menambah darah.Bagi memulihkan tenaga ; sejuk akibat
kehilangan darah dan semasa bersalin maka ibu digalakkan memanaskan badan
mereka. Biasanya menggunakan dapur kayu api atau dapur arang untuk “berdiang‟
atau “tungku‟ (atau batu) yang dipanaskan untuk ibu bertuam.Angin dalam tubuh
ialah elemen utama yang boleh menyebabkan kesakitan dalam badan. Jika tidak
dikeluarkan akan membawa kepada serangan rheumatism , pening dan sakit belakang
apabila tua kelak.
Bagi
tujuan ini juga ‘ramuan akar kayu’ seperti akar remaung, kacip patimah, ubu
jaga, rempah gunung dan sebagainya lagi direbus berserta lada hitam dan bawang
putih sebagai minuman semasa berpantang. Menurut Orang Asli suku kaum Jakun
juga ramuan ini berfungsi memulih urat serta tisu tubuh dalaman yang teruk
sewaktu bersalin, dapat membantu pengecutan rahim, mengetatkan alat kelamin,
dan melancarkan sistem pendarahan, dan menghidar keputihan berlebihan
seterusnya menyegarkan tubuh.
F) Kelahiran suku Kintak
Dalam
mempastikan ibu yang sedang mengandung sentiasa dalam keadaan sihat, untuk mengelakkan
komplikasi kepada si ibu semasa melahirkan dan bagi menjamin anak dilahirkan
sihat serta sempurna sifatnya berbagai-bagai pantang larang serata pemilihan
makanan yang sesuai yang perlu dipatuhi oleh pasangan suami isteri, sama ada
sepanjang tempoh mengandung mahupun selepas bersalin.
* Pantang yang dikenakan kepada isteri semasa mengandung :-
Pantang/Tak boleh
|
Akibat /Dipercayai
|
1. Makan pucuk paku
2. Makan pucuk labu |
Kandungan dan bayi lemah
|
Makan ikan yang dipancing
|
Bibir bayi sumbing
|
1. Makan ikan yang berduri
2. Makan binatang bertanduk |
Lekat atau susah bersalin
|
Makan ubi sebelum kandungan berusia tiga bulan
|
Kaki dan tangan menyerupai ubi
|
* Pantang yang dikenakan kepada suami:-
Pantang/Tak boleh
|
Akibat /Dipercayai
|
1. Panggang ikan perut di bawah
2. Panggang ikan suling-paling |
Takut bayi menyongsang
|
Menjaring atau menjala ikan
|
Lekat atau susah bersalin
|
Memancing ikan
|
Bibir bayi sumbing
|
No comments:
Post a Comment