Mah
Meri bermakna ‘Orang Hutan’, sementara dalam istilah Mah Meri disebut ‘berbisik’. Mereka juga dikenali
sebagai orang laut dan bekerja sebagai nelayan. Tidak
ada bukti sejarah yang tepat berkenaan asal usul mereka. Walaupun begitu,
mereka dipercayai berhijrah dari pulau-pulau di selatan Johor ke pantai negeri
Selangor kerana lari daripada musuh. Kini
masyarakat Mah Meri telah mengalami perubahan dari segi pemikiran dan
pembangunan hasil dari percampuran dengan masyarakat lain.
PERKAHWINAN SUKU MAH MERI
Gambar
1 : Pengantin lelaki dan perempuan Mah Meri
Suku
Mahmeri turut amal upacara merisik, meminang dan persandingan seperti
masyarakat Melayu. Perbezaan adat mereka cuma mengekalkan istiadat menghalau
hantu syaitan dengan cara tersendiri, selain diadakan upacara pemujaan untuk
memberitahu kepada nenek moyang bahawa cucu mereka akan melangsungkan majlis
perkahwinan. Majlis itu dianggap penting untuk memastikan upacara perkahwinan
itu selamat, diberkati dan aman bahagia sehingga ke anak cucu.
Pada
majlis peminangan, tok batin akan melihat persediaan pengantin lelaki untuk di
bawa ke majlis peminangan seperti cincin emas, alat solek, pinggang mangkuk dan
keperluan seperti batu lesung dan lain-lain.Pasangan pengantin menjalani
istiadat mengasah gigi. Mengasah gigi dianggap adat yang penting dilakukan.
Penggunaan kain hitam diletakkan pada gigi sebagai penanda jarak gigi yang
perlu diasah. Cincin akan digunakan untuk mengasah gigi yang tidak rata dan
kemudian diasapkan. Ini bertujuan menjadikan bakal mempelai sentiasa berseri
dan mengelak kancing gigi ketika majlis persandingan.
Suku
Mahmeri memainkan alat muzik tradisional Orang Asli untuk meraikan mempelai
pada majlis perkahwinan.Namun, hasrat pihak lelaki ingin memiliki gadis
pilihannya akan terbatal walaupun majlis peminangan dan hari persandingan sudah
ditetapkan, sekiranya perbelanjaan bagi tujuan majlis itu tidak
mencukupi.Sekiranya dalam
tempoh tiga bulan, pihak lelaki gagal sediakan perbelanjaan, dengan sendiri
perjanjian itu terbatal dan pengantin lelaki dianggap sudah melakukan penipuan
terhadap tok batin.
Seperti
juga apa juga jenis persandingan kaum lain, mereka juga membuat persediaan
menyediakan pelamin. Mereka akan bergotong-royong menghiasi pelamin dengan
meletakkan anyaman daun nipah pelbagai corak serta bunga-bungaan berwarna cerah
di semua sudut pentas. Sentuhan penggunaan daun nipah yang digunakan oleh
masyarakat Orang Asli suku Mahmeri adalah antara keunikan dan kelainan
dipaparkan dengan suku kaum Orang Asli lain di negara ini.Ketika majlis
perkahwinan berlangsung, beberapa adat istiadat diadakan sempena majlis itu
iaitu menjulang pengantin; pertarungan pencak silat; mengelilingi busut;
membasuh kaki; nasi dalam atau sirih perancang dan mandi bunga gomba. Pada
majlis itu, upacara perkahwinan dimulakan dengan tok dukun membawa pengantin
lelaki berpusing mengeliling sekumpulan gadis bersama pengantin perempuan yang
dilitupi kelambu dan diasap dengan kemenyan. Upacara itu bertujuan menghalau
syaitan dan mengelak perkara buruk.Pusingan sebanyak tujuh kali dan pada
pusingan terakhir, pengantin lelaki perlu mendapatkan pengantin perempuan dan
bertukar bunga.
Ketika
majlis persandingan upacara melambung duit dilakukan sebagai simbolik kepada
kebebasan mempelai menentukan arah tuju hidup di alam rumah tangga.Makan
beradab, pemantau akan memastikan mempelai makan dan berakhir dengan serentak
supaya hidup mereka berkekalan bahagia dan dapat mengharungi rumah tangga. Jika
seorang daripada mempelai makan lebih awal antara mereka, dipercayai perlakuan
itu akan mengundang kecelakaan dalam rumah tangga pada masa depan. Selepas
selesai majlis perkahwinan, pasangan pengantin dilarang keluar rumah untuk
tempoh tiga hari untuk mengelak daripada diganggu hantu atau syaitan.
Penetapan
tarikh bagi majlis peminangan dan persandingan perlu dirujuk kepada tok batin
untuk melihat persediaan pihak lelaki sebelum memasuki alam rumah tangga. Tok
batin menjadi insan paling penting kerana beliau akan mengambil kuasa daripada
wali yang dilantik untuk memantau majlis peminangan sehingga berakhirnya majlis
persandingan.Antara keunikan majlis perkahwinan orang Asli ini, sebaik saja
persetujuan dan kata sepakat dalam majlis peminangan dicapai, upacara makan
sirih dan pinang oleh tok batin dan wakil kedua-dua belah pihak dilakukan
sebagai tanda mengakhiri majlis itu. Hantaran dikenakan ialah RM44.40 bagi
bakal pengantin yang masih gadis, manakala RM25.20 mereka yang bergelar janda.
PERKAHWINAN
1
Majlis
perkahwinan
a. Rumah
pengantin tidak akan disapu dengan penyapu lidi sepanjang majlis diadakan
b. Tidak
boleh berlaku pergaduhan
c. Peralatan
yang dipinjam semasa majlis itu hendaklah dikembalikan selepas tiga hari.
2Ibu
mengandung
a. Suami/isteri
tidak boleh memakai atau mengikat kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami
masalah lekat uri semasa bersalin
b. Suami/isteri
tidak boleh membunuh atau menyembelih binatang kerana dikhuatiri akan terkenan
pada bayi yang akan dilahirkan
c. Menyumbat
atau menutup lubang kerana dikhuatiri bayi yang dilahirkan itu tidak mempunyai
lubang dubur
d. Suami/isteri
dilarang membelit kain ke leher kerana dikhuatiri bayi yang akan dilahirkan itu
nanti terbelit tali pusat.
e. Tidak
boleh memakan ikan lidah, menebang dan menetak batang pokok kerana dipercayai
bibir bayi akan terbelah (sumbing)
f. Dilarang
memakan pisang kembar kerana dikhuatiri akan mendapat anak kembar
g. Dilarang
menghina dan mengeji orang kerana terkena badi kepada bayi dalam kandungan
PERAYAAN
1.
Puja
pantai
Masyarakat
Mah Meri akan mengambil satu hari dalam setahun untuk mengadakan hari pemujaan
khas untuk ‘moyang laut’ atau dipanggil ‘puja pantai’. Upacara ini dibuat
secara besar-besaran oleh penduduk kampung yang diketuai oleh bomoh. Mereka
akan berarak dari kampung hingga ke tepi laut dengan iringan paluan muzik tradisional.
Dalam upacara ini juga persembahan makanan kepada moyang akan dilakukan. Mereka
percaya upacara ini dijalankan untuk memohon restu moyang supaya mereka
mendapat hasil tangkapan laut yang banyak. mereka juga memohon agar keselamatan
mereka tidak diancam.
2.
Musim
buah
Upacara
ini dijalankan secara sederhana selepas musim buah-buahan. Penduduk kampung
hanya mempersembahkan sajian makanan kepad moyang dan member jamuan kepada
hadirin
KEPERCAYAAN
Masyarakat
Mah Meri menganggap bahawa sesuatu kejadian yang berlaku sama ada baik atau
buruk merupakan petunjuk untuk mereka memulakan pekerjaan atau perjalanan.
Sehubungan
dengan itu, masyarakat mah meri masih mengamalkan dan berpegang teguh kepada
adat dan kepercayaan berikut :
i.
Makan
tebu waktu malam – seolah-olah menghisap darah keluarga yang
telah mati
ii.
Berjalan
dalam panas – tersampuk hantu
iii.
Menunjuk
pelangi dengan jari – jari akan putus
iv.
Tidak
menghormati orang tua – badan akan kurus dan selalu mendapat
penyakit (tulah)
v.
Makan
kerak nasi – hutang tidak dapat dibayar
vi.
Kedekut
garam – kubur akan dipenuhi air
vii.
Membasuh
kelambu di sungai – akan mati dimakan buaya
viii.
Menyembelih
ayam pada waktu malam – akan disumpah oleh ayam
ix.
Menyiksa
atau membunuh bintang dengan sengaja – akan ditimpa badi
x.
Bersiul
dalam rumah atau bersiul pada waktu malam – memanggil hantu
atau menunjukkan sikap kurang ajar
xi.
Makan
pisang dirumah orang mati – seolah-olah makan jari orang mati
KEMATIAN SUKU MAHMERI
Jika
berlaku kematian, anak yang tertua dalam keluarga tersebut akan berjumpa dengan
Batin. Selepas itu Batin akan mengarahkan anak buahnya untuk menyebarkan berita
sedih itu kepada semua saudara mara dan kawan-kawan si mati.
Sementara
menunggu kedatangan saudara yang jauh,mayat akan diletakkan di temapat lapang
seperti di serambi. Sebagai tanda menghormati mayat tersebut, setiap orang yang
menziarah akan membakar kemenyan dan mendoakan agar si mati berada dalam
keadaan baik. Bagi mereka yang mempunyai kemampuan, sumbangan wang akan diberi.
Selagi mayat berada di
rumah, mereka tidak dibenarkan makan dan minum kecuali untuk roh si mati di
mana satu hidangan diletakkan di tempat khas. Mengikut kepercayaan, mayat akan
dijaga supaya tidak dilangkah kucing kearana mayat akan dirasuk hantu dan
bangun mengganggu keluarganya.
Gambar
1: Keranda Orang Asli Mah Meri yang menyerupai bentuk bubu ikan.
Pengkebumian
akan diuruskan oleh Batin atau bomoh. Mayat akan dikebumikan di dalam lubang
sedalam dua meter. Sebagai mengingati si mati, majlis pemujaan akan diadakan
pada hari ketujuh,ke-44 dan ke-100 hari. Harta peninggalan si mati akan
diserahkan kepada anak tertua keluarga berkenaan untuk dibahagi-bahagikan di
antara keluarganya. Balu si mati biasanya tidak akan berkahwin dalam tempoh
seratus hari selepas kematian.
Pengkebumian
akan diuruskan oleh Batin atau bomoh. Mayat akan dikebumikan di dalam lubang
sedalam dua meter. Sebagai mengingati si mati, majlis pemujaan akan diadakan
pada hari ketujuh,ke-44 dan ke-100 hari. Harta peninggalan si mati akan
diserahkan kepada anak tertua keluarga berkenaan untuk dibahagi-bahagikan di
antara keluarganya. Balu si mati biasanya tidak akan berkahwin dalam tempoh
seratus hari selepas kematian.
PANTANG LARANG
1
Lading Baru
Tiada
siapa pun yang dibenarkan mencabut atau mengubah kayu-kayu yang ditanam atau
dijadikan sebgai sempadan di antara satu ladang dengan ladang lain. Jika tidak seseorang
itu akan jatuh sakit atau terkena pawang yang akan menyebabkan segala tanaman
di situ tidak menjadi dan dimusnahkan oleh musuh tanaman.
Sangkak
yang ditanam dalam kawasan lading sangat penting untuk pemujaan hantu dan
syaitan supaya menjaga segala tanaman serta membawa hasil yang lumayan kepada
lading tersebut.
Dilarang
seseorang itu mengambil buah-buahan di dalam ladang yang baru sebelum pawang
memulakannya terlebih dahulu atau membuka pantang.
2 Makanan
Adalah
kurang sopan bagi tetamu menolak jamuan atau minuman yang diberi oleh tuan
rumah. Masyarakat orang asli suku bangsa jakun sangat suka sekiranya tetamu
sudi menjamah tau menikmati jamuan yang diberikan untuk mengeratkan lagi
perhubungan silaturrahim di antara tetamu denga tuan rumah. Tetamu dianggap
kurang sopan dan tidak menghormati tuan rumah sekiranya tidak menjamah makanan
yang telah disediakan.
Sebelum
meninggalkan rumah, tetamu biasanya akan meninggalkan pesanan yang baik dan
tuan rumah akan membalas dengan ucapan selamat dan mengharap tetamu akan datang
lagi pada musim buah-buahna atau menuai.
Selain
daripada larangan di atas, terdapat beberapa larangan lain yang perlu diikuti.
Antaranya ialah :
a.
Kebanyakan jenis haiwan yang hidup di darat tidak
boleh dimasak atau dimakan bersama-sama dengan hidupan/haiwan dalam air.
Sebagai contoh, ikan dan daging lembu tidak boleh dimakan sekali atau bersama.
Jika tidak, orang yang berbuat begitu akan jatuh sakit seperti demam kuning,
keguguran rambut, batuk darah, sakit-paru-paru serta kudis dalam kulit yang
kebiasaannya terdapat disekeliling pinggang.
b.
Dilarang membuang sisa makanan di merata tempat yang
mungkin dimakan oleh semut atau binatang atau pun dihayutkan oleh air. Oleh
sebab itu, sisa makanan hendaklah dikumpulkan untuk ditanam atau dibakar atau
si pembuang akan mendapat busung.
c.
Air-air yang bertakung didalam tin dan botol atau
pun di batang-batang kayu tidak boleh di langkah atau didekati kerana seseorang
boleh mendapat sakit busung.
d.
Dilarang memakan buah-buahan yang pokoknya tumbuh di
bawah kayu terastau yang berapit serta dahan atau batangnya bertakung air
kerana dikhuatiri akan mendapat sakit.
e.
Mengeji dan mengata kepada benda-benda makanan.
Akibatnya, ia boleh mendatangkan sakit cirit dan kembung perut yang
berpanjangan.
f.
Kanak-kanak dilarang memakan daging seperti rusa,
kijang dan burung helang. Pada sesetengah tempat pula ada yang melarang anak
mereka memakan telur ayam. Jika makan, mereka akan mendapat sawan. Telur ayam
biasanya menyebabkan kanak-kanak sakit dan selalu menangis.
3. Pantang larang dalam rumah
a.
Jatuh di rumah yang sedang dibina.
Adalah
kurang baik jika seseorang itu terjatuh di rumah yang sedang dalam pembinaan.
Akibatnya, ia mendatangkan sial atau kurang sihat kepada penghuni yang mendiami
ruang tersebut.
b.
Tidur tidak cukup tiga hari di rumah yang baru siap.
Jika
seseorang itu bermalam di rumah yang baru siap, seeloknya bermalam sehingga
tiga malam berturut-turut. Jika kurang daripada itu, ia akan mendatangkan
perkara yang tidak baik kepada tuan rumah.
c.
Rumah baru dijampi dan direnjis dengan tepung
penawar.
Tiap-tiap
rumah baru mestilah diadakan kenduri atau direnjis denga tepung penawar.
Sekiranya tidak. Aia kan mendatangkan sial kepada pencarian nafkah penghuni
rumah tersebut.
Rumah
mereka mempunyai banyak tanda isyarat dan larangan yang perlu diketahui. Tetamu
hendaklah memerhatikan persekitaran lorong dan jalan masuk ke kampung hinggalah
ke pintu rumah. Jika terdapat daun-daun digantung di hadapan muka pintu atau di
dalam rumah, ini menandakan orag itu mempunyai orang sakit.. pada ketika itu,
tetamu dilarang berkunjung atau memanggil tuan rumah tersebut.
Sebelum
menaiki rumah mereka, sebaiknya tetamu menunggu di halaman rumah terlebih
dahulu sambil member isyarat terbatu-batuk agar diketahui oleh tuan rumah
terlebih dahulu. Tetamu juga boleh menyeru nama tuan rumah tersebut dengan
sopan.kebiasaannya, panggilan dibuat denga menyebut nama anak sulung contoh,
anak sulungnya bernama awing, jadi, semasa tetamu ingin menyeru nama tuan
rumah, ia akan memanggil Pak Awang atau Bapak awang.
Sekiranya
dipelawa masuk, tetamu sebaiknya memastikan rumah tersebut tidak dalam pantang
dan tetamu perlu menanggalkan kasut sebelum naik ke rumah kecuali dengan
kebenaran.
4 Pantang larang terhadap binatang
buas
a.
Dilarang bercakap besar atau mengata-ngata dengan
menunjukkan bekas-bekas tapak kaki atau najis binatang buas dengan senjata
merbahaya (cakap takbur). Akibat dari perbuatan ini, binatang buas itu akan
mengetahui dan timbul perasaan marah terhadap orang itu.
b.
Jangan sesekali mengambil sisa binatang buas untuk
dimakan. Ia akan memberi seperti di atas.
c.
Tempat-tempat binatang buas membunuh manusia tidak
boleh ditempuhi atau dilalui. Sekiranya melanggarnya, kita akan terkena sakit
atau mungkin mengigau ternampak binatang buas itu.
5Pantang menunjukkan dan menegur
kepada sesuatu benda yang ganjil.
Orang asli
suku kaum jakun takut menunjukkan atau menegur sesuatu benda yang ganjil
seperti melihat gua-gua yang besar, pokok yang menyerupai binatang dan
sebagainya. Akibat denagn menegurnya, mereka akan sakit atau cacat pada
dirinya.
No comments:
Post a Comment