Kintak merupakan satu di antara dua
rumpun bangsa Orang Asli daripada suku kaum Negrito atau asalnya dikenali
sebagai Semang oleh beberapa penulis terdahulu. Kintak juga dikenali sebagai
Tak, Kentok, dan Kintok. Mereka secara khususnya terbahagi kepada beberapa
subkumpulan, anatara yang dikenal pasti adalah Kintak Bong dan Kintak Nakil.
Seperti rumpun bangsa Negrito yang
lain, secara fizikalnya kaum lelaki dan wanita Kintak juga bertubuh rendah
(anggaran lelaki 150 cm dan wanita 140 cm) dan kecil tetapi gempal. Berkulit
perang gelap, kadangkala terdapat yang berkulit gelap atau perang
kemerah-merahan, malahan ada yang hitam berkilat. Berambut kerinting halus,
pendek (lelaki tidak melebihi 3 inci dan wanita antara 9 inci hingga 1 kaki) dan
berwarna gelap atau perang kemerah-merahan. Berdahi rendah dan bulat. Berhidung
pendek, rata dan kembang. Bertulang pipi agak luas dengan anak mata berwarna
perang gelap atau hitam. Berdagu kecil dan bulat. Bermulut agak luas dan
berbibir sederhana tebal.
Orang Kintak sejak dahulu kala
tinggal di pinggir-pinggir hutan berhampiran dengan penempatan masyarakat
Melayu atau Siam. Biasanya mereka memilih kawasan pamah berhampiran dengan
sungai yang masih kaya dengan spesis-spesis tumbuhan, haiwan buruan serta ikan
yang menjadi sumber makanan dan ekonomi mereka.Walaupun mereka diberitakan
pernah tinggal bertaburan di utara Semenanjung, khususnya dalam wilayah dari
Sungai Kerumi di Utara Grik memanjang di Simpang Empat di Baling dan melebar ke
bahagian sisi garisan ini sehingga ke Air Panas di Keroh.
Tetapi kini terdapat hanya sebuah
penempatan tetap masyarakat ini di Semenanjung Malaysia.Penempatan yang
dimaksudkan ialah Kampung Bukit Asu di Grik dalam daerah Hulu Perak, Perak
Darul Ridzuan. Kampung ini kini boleh dihubungi dengan semua jenis kenderaan
darat, kecuali kenderaan pacuan empat roda diperlukan dalam keadaan-keadaan
tertentu. Ianya terletak kira-kira 25 kilometer dari bandar Grik menghala ke
bandar Keroh, 20 kilometer melalui jalan utama hingga ke persimpangan lombong
lama di Kelian Intan dan 5 kilometer melalui jalan tanah merah dari simpang
berkenaan. Kampung ini berjiran dengan penempatan masyarakat Melayu di utara
dan penempatan masyarakat Siam di selatan.
Memandangkan wilayah kehidupan
mereka terlau jauh hingga ke wilayah Chaiya di selatan Thailand, para pengkaji
mempercayai bahawa masyarakat Kintak mempunyai pertalian dengan orang Negrito
di Kepulauan Andaman, kaum Aetas di Filipina. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi
berasaskan bentuk fizikal dan dialek mereka. Temubual dengan pembantu penghulu,
Din bin Dahan serta beberapa penduduk kampung mendakwa bahawa mereka berasal
dari Betong di selatan Thailand, kemudiannya berpindah ke Kubang Semang di
Keroh sebelum menetap di kampung sekarang. Mereka juga mendakwa bahawa generasi
tua mereka sebelum ini, termasuk penghulu mereka sekarang Penghulu Alipon bin
Saad pernah bersekolah dan sering berulang-alik ke Betong. Malah terdapat di
kalangan masyarakat ini mahir bertutur dalam dialek Siam.
Tumpuan
serius yang diberikan oleh pihak Kerajaan terhadap kalangan masyarakat Orang
Asli, telah menyebabkan kumpulan etnik Kintak mengubah cara hidup mereka untuk
menjadi setanding dan separa dengan rakan-rakan mereka yang lain. Kalangan
mereka turut menyertai bidang-bidang pekerjaan yang dulunya dirasakan mustahil
seperti perkhidmatan kolar putih dan biru.
PERKAHWINAN SUKU KINTAK
Di
kalangan suku kaum Negrito termasuk masyarakat Kintak adat perkahwinan mereka
terlalu mudah. Tidak diatur secara rasmi dan tidak diraikan. Kahwin kepada
mereka memadai dengan kedua-dua pasangan membina tempat perlindungan dan tidur
bersama. Ini tidak bermakna mereka mengamalkan bebas seks.Biasanya perkahwinan
mereka berasaskan pilihan sendiri atau dasar suka sama suka. Perkahwinan atas pilihan
keluarga amat kurang berlaku. Sering juga berlaku penceraian dan berkahwin
semula dengan orang lain. Penceraian jarang berlaku selepas pasangan
memperolehi anak.
PERAYAAN SUKU KINTAK
Tidak banyak perayaan dalam
masyarakat Kintak, lantaran daripada amalan berpindah-randah yang mereka
amalkan.Antara perayaan tahunan yang diraikan adalah seperti berikut :-
I.
Musim
Buah-Buahan
Perayaaan ini diadakan apabila
buah-buahan hutan telah masak. Kaum lelaki akan keluar beramai-ramai untuk
mengumpul buah-buahan seperti tampoi, larah, rambutam, durian dan sebagainya
dibawa pulang. Pada malamnya didakan majlis bersewang sambil menikmati
buah-buahan serta makanan yang disediakan oleh kaum wanita.
II.
Musim
Menuai Padi
Perayaan ini biasanya diadakan
sebaik sahaja kerja-kerja menuai padi.Apabila tiba hari yang telah ditetapkan
kaum lelaki akan keluar beramai-ramai.Pada malamnya upacara sewang akan
diadakan. Tok bomoh menjalankan jampi-serapah seraya memohon kepada penunggu
kawasan agar hasil padi mereka akan bertambah pada musim-musim akan datang.
Selepas menjamu selera dengan masakan mereka sendiri sediakan , mereka
bersukaria hingga menjelang pagi. Serapah seraya memohon kepada
penunggu kawasan agar hasil padi mereka akan bertambah pada musim-musim akan
datang. Selepas menjamu selera dengan masakan mereka sendiri sediakan , mereka
bersukaria hingga menjelang pagi.
KEMATIAN SUKU KINTAK
Biasanya
apabila berlaku kematian, sanak-saudara si mati yang jauh dan dekat, penghulu
serta penduduk kampung akan diberitahu. Penghulu sebagai ketua adat akan
mengatur kerja-kerja pengurusan mayat dan upacara pengebumian. Bagi menghormati
simati, segala kegiatan harian masyarkat pada hari berkenaan terpaksa
ditangguhkan. Larangann ini jika dingkari dipercayai roh simati akan marah dan
akibatnya akan ditimpa malapetaka. Mayat biasanya tidak dikebumikan pada hari
kematian, kerana ingin memberi peluang kepada saudara mara simati yang jauh,
hadir untuk memberi penghormatan terakhir. Pada malamnya, dirumah simati sanak
saudara dan penduduk kampung akan bergilir-gilir akan menjaga mayat sehingga
keesokan harinya, tujuannya bagi mengelakan mayat manusia tersebut diganggu
oleh hantu. Mayat juga ditegah diumpat keji serta dilangkah oleh manusia dan
binatang kerana dikhuatiri mayat tersebut akan bangkit dan mengganggu penduduk
kampung.
Pada
keesokan harinya, di tanah perkuburan kerja-kerja menggali lubang kubur dan
mencincang buluh dijalankan. Sementara itu dirumah, mayat dimandikan. Kemudian
dipakaikan pakaian yang lengkap, seterusnya kedua-dua belah tangan dan kaki
dibengkokkan atau dilipat ke arah hadapan badan sehingga bahagian jari-jemari
tangannya berada betul-betul dibawah dagu dan kepala lututnya mencecah dada.
Akhir sekali mayat dibungkus dengan kain batik lepas yang baru dan diikat kemas
supaya senag diusung ke kubur.Bagi mengelakkan gangguan binatang dan
sebagainya, mayat biasanya ditanam sedalam empat atau lima kaki serta mempunyai
lahad. Mayat akan diletakkan dalam dan kemudian lahad ditutup dengan buluh
cincang terlebih dahulu sebelum dikambus. Di atas kubur, pondok pisang sesikat
dibina untuk menaunginya.Sebagai tanda sepasang kayu yang telah dijampi oleh
Tok Bomoh dipacakkan di bahagian kepala dan kaki kubur berkenaan.
Segala
barang-barang kesayangan simati diletakan di atas kubur. Bagi mengingati simati
serta mempercayai roh simati juga memerlukan makanan dan rokok (jika simati
hayatnya merokok) juga diletakkan bersama. Sebelum meninggalkan kubur, bapa dan
simati akan meninggalkan pesanan-pesanan yang baik kepada simati. Kenduri kecil
akan diadakan pada malam berkenaan. Tujuh hari selepas itu kenduri berserta
sewang secara sederhana pula diadakan. Kedua-dua kenduri tersebut bertujuan
menjamu simati. Pada hari keempat puluh, kenduri dan sewang secara
besar-besaran akan diadakan, tujuannya selain untuk menjamu simati juaga
menandakantamat tempoh berpantang bagi seluruh penduduk kampung berkenaan.
Pasangan simati dan keluarganya dilarang berhias dan bersukaria dalam tempoh
berpantang selama empat puluh hari. Manakala penduduk kampung hanya dilarang
bersukaria dalam tempoh tersebut.
PANTANG-LARANG SUKU KINTAK
KEPERCAYAAN
Seperti kepercayaan suku kaum
Negrito yang lain, secara tradisinya masyarakat Kintak juga menonjolkan lambang
kuasa Tok Batin , Karei dan Cenoi. Mereka terlalu menghormati, patuh dan takut
kepada ketiga-tiga lantaran kuasa mereka miliki dipercayai terlalu tinggi ,
luar biasa dan sifat kekal.Cenoi mempunyai kelebihan sihir dan pakar dalam
kesegala kebaikan. Ia sering dirujuk oleh masyarakat dan disama tarafkan
seperti tuhan atau sultan. Fungsinya mengawal masyarakat dan kemarahannya akan
dijelmakan melaui petir dan kilat.
AMALAN KESIHATAN/PERUBATAN
Walaupun masyarakat Kintak telah
menerima perubatan moden, namun kaedah perubatan tradisional seperti penggunaan
khidmat bomoh serta pengambilan herba bagi mengubat penyakit-penyakit serta
sebagai amalan kesihatan mereka masih dipraktikkan secara meluas.
PEMAKANAN
Memandangkan hampir tidak wujud
sebarang bentuk pertanian dalam kehidupan masyarakat ini, maka mereka juga
menjadikan ubi-ubi liar seperti ubi pandang, ubi kepala gajah, ubi tanjung, ubi
garam, ubi kapur dan beberapa jenis ubi lain sebagai sumber makanan harian.
Protein diperolehhi daripada binatang buruan dan ikan. Mereka juga mendapatkan
buah-buahan , umbat dan sayur-sayuran hutan bagi sumber vitamin. Disamping itu
mereka juga mengamalkan pengambilan herba-herba tertentu untuk meningkatkan
kesihatan dan sumber tenaga.
KAEDAH RAWATAN
Disamping perubatan moden, mereka
juga menggunakan khidmat bomoh serta berbagai jenis herba sebagai kaedah
alternatif. Antaranya adalah seperti berikut:-
Penyakit
|
Kaedah Rawatan
|
Kayap
|
Dijampi
|
Sakit
kepala
|
Kulit tepus dilayur pada api dan
dililit di kepala.
|
Luka
|
Daun kapalterbang digesek dengan
tangan hingga hancur, dipupuk atau disapu pada tempat yang sakit.
|
Kurap/panau
|
Akar lada direbus dan diminum.
|
Berdarah
hidung
|
Daun sirih atau cawi digulung
berbentuk kon dan disumbatkan ke lubang hidung.
|
Bisul
|
Daun misai kucing dicelur dan
ditempek pada bisul untuk tarik nanah.
|
Kudis
Buta
|
Sejenis akar berduri dibuang kulit
luar dan dalam, ditumbuk dan digosok pada kudis.
|
Patah
terseliuh
|
Dijampi dan diikat dengan anduh
buluh.
|
No comments:
Post a Comment