Suku Kaum Semai tinggal bertaburan
di kawasan Banjaran Titiwangsa, meliputi Perak Tengah, Perak Selatan dan Pahang
Barat. Bancian pada tahun 1993, menunjukkan jumlah mereka telah meningkat lebih
daripada 42,000 orang dan merupakan suku kaum Orang Asli yang terbesar
jumlahnya. Mereka hidup bermasyarakat.Sebuah kampung biasanya terdapat diantara
60 hingga 300 penduduk yang diketuai oleh seorang Penghulu atau “Batin” yang di
lantik dari golongan berpengaruh seperti pawang, bomoh dan ketua adat.
Pada suatu ketika dahulu kehidupan
Kaum Semai sama seperti Orang Asli yang lain di Negara ini iaitu hidup secara
nomad. Mereka berpindah dari satu tempat ke tempat lain di dalam hutan kerana
mencari tempat baru untuk berladang ataupun berpindah atas sebab-sebab
kematian, diganggu oleh orang luar, binatang buas dan wabak penyakit hawar.
Secara tradisinya mereka hidup dalam kumpulan kecil yang terdiri daripada 10
hingga 50 kelamin.
Ketua keluarga atau orang tua dalam
keluarga tersebut bangun lebih awal untuk menghidupkan api bagi memanaskan
badan dan memasak makanan seperti merebus ubi kayu untuk bekalan ke ladang, ke
rumah menuju ke destinasi masing-masing.
Pada waktu petang sebelum senja,
mereka berehat di rumah duduk berbual-bual tentang ladang, member dan
sebagainya.Setengahnya membuat damak, mencuci buluh sumpit atau membuat
persediaan peralatan untuk esok harinya. Walau bagaimanpun keadaan ini mungkin
telah berubah mengikut peredaran masa. Kini ramai Kaum Semai yang lemah bekerja
dengan kerajaan, swasta dan berniaga seperti di kedai runcit dan kraftangan.
Mereka mengamalkan ekonomi
tradisional berasaskan pertanian sara diri. Padi huma, sekoi, jagung, ubi kayu,
pisang, keladi dan berbagai jenis sayur-sayuran seperti labu, kacang panjang,
timun, kacang bendi adalah hasil tanaman mereka. Kaum Semai mengamalkan sistem
bertukar-tukar makanan, perkhidmatan dan keperluan lain secara berkongsi. Tidak
ada urusan jual beli dilakukan. Sistem ekonomi cara ini akan mengeratkan lagi
silaturahim dan semangat setia kawan di samping mewujudkan kemesraaan di
kalangan mereka.
Memburu dan menangkap ikan merupakan
sebahagian daripada aktiviti yang dilakukan kaum ini. Aktiviti memburu biasa
dilakukan oleh lelaki sahaja. Peralatan memburu seperti buluh sumpit, jerat,
belatik dan perangkap mudah diperolehi di hutan. Antara jenis-jenis binatang
yang diburu ialah monyet, kera, babi hutan, burung, biawak, tupai dan binatang
kecil yang lain. Ikan adalah sumber utama protein. Ia ditangkap dengan
menggunakan lukah, kail, racun akar tuba, serampang, jaring, tuar dan juga
dengan tangan. Pekerjaan ini dilakukan oleh kaum lelaki dan perempuan. Hasil
seperti rotan, damar, buluh, cendana dan gaharu akan dijual. Mereka pulang pada
waktu tengahari atau petang.
PERKAHWINAN
SUKU SEMAI
Gambar : Mempelai suku Semai
Kelayakan
umur minima untuk berkahwin bagi lelaki adalah 21 tahun dan 18 tahun bagi
perempuan. Kebiasaannya mereka akan memilih pasangannya sendiri atau pilihan
keluarga. Terdapat pelbagai proses sebalum perkahwinan berlangsung iaitu:
a) Adat Merisik
b) Adat Meminang
c) Tanggung Nafkah
d) Semasa Bertunang
e) Hari Berkahwin
· Keberangkatan
Pengantin Lelaki Ke Rumah Pengantin Perempuan Istiadat Berarak
·
Merenjis
Atau Menabur Bertih
·
Memohon
Tanda
·
Upacara
Bersanding
f) Menyembah (Menerima Nasihat)
g) Upacara Penyatuan
ADAT MERISIK
Setelah
kedua-dua pihak setuju untuk berkahwin, mereka akan ditemukan dalam satu
pakatan sulit antara pihak lelaki dan perempuan.
ADAT MEMINANG
Pihak
lelaki akan menghantar alat adat meminang kepada pihak perempuan. Alat-alat
berkenaan adalah seperti berikut:-
Sebutan adat
|
Alat/banyaknya
|
Salin tiga
|
Sepasang persalinan pakaian pengantin
perempuan.Warna sebarangan tanpa corak.
|
Belanja tubuh
|
RM60.25
|
Selendang
|
Sehelai
|
Cincin perak
|
Sebentuk
|
Sirih pinang
|
Setepak
|
TANGGUNG NAFKAH
Ketika
dalam tempoh pertunangan, pihak ellaki dikenakan Tanggung Nafkah bakal
pengantin perempuan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dan dipersetujui
bersama iaitu wang tunai sebanyak RM15 x sebulan.Jika dalam bentuk barang,
barang-barang hendaklah dihantar ke rumah pengantin perempuan.
BERTUNANG
Pihak
lelaki dikehendaki menyediakan alat-alat seperti satu set alat tidur,sepasang
persalinan pakaian pengantin berwarna tanpa corak dan sepasang kasut pengantin
perempuan. Pihak lelaki juga dikehendaki membuat persiapan diri dengan
menyiapkan sebuah kopiah,sehelai kain selempang dada, sepasang pakaian Melayu
dan sepasang kasut.
HARI BERKAHWIN
Sebelum
bersanding kedua-dua pengantin dikehendaki melakukan adat-adat iaitu berinai,
bergandik bagi pengantin perempuan,gunting rambut bagi pengantin lelaki, dan
wajib mandi limau dan dijampi bagi mengelakkan malapetaka.
Selepas
itu, kedua-dua pengantin akan dihias dengan pakaian cantik.Pengantin perempuan
akan memakai pakaian salin tiga yang telah dosediakan oleh pihak lelaki.
Keberangkatan pengantin lelaki ke rumah
pengantin perempuan :
·
Istiadat berarak
- Pengantin
lelaki diapit oleh ibu wali dan waris-waris diarak berjalan kaki ke rumah
pengantin perempuan. Jika pengantin lelaki berketurunan anak penghulu atau tok
batin, dia akan dijulang hingga ke rumah pengantin perempuan. Ia diiringi muzik
biola, paluan rebana,gong dan mereka berbalas pantun. Sementara itu, pengantin
perempuan menunggu ketibaan pengantin lelaki di atas pelamin.
· Merenjis atau menabur bertih
- Setibanya
pengantin lelaki di muka pintu,sebelum dibenarkan naik tangga, air direnjis di
atas daun pisang dan bertih ditabur. Pengiring-pengiring dengan serentak
menyebut selamat kepada pengantin lelaki sebanyak tiga kali.
· Memohon tanda
- Ibu
Mas Wali akan memeohon Tanda sebagai kebenaran masuk ke perkarangan pelamin.
Kebenaran hanya diberi setelah permohonan dibuat sebanyak tiga kali. Permohonan
tersebut kadang kala dalam bentuk pantun. Ibu Wali dan rombongannya memberi
tanda sebilah keris sebagai tanda bahawa yang diarak masuk itu adalah pengantin
lelaki yang sebenarnya.
·
Bersanding
- Selepas
menerima tanda masuk, Mas Wali akan membuka tirai di mana pengantin perempuan
sedang menunggu di atas pelamin. Pengantin lelaki yang diiringi oleh
pengapit-pengapitnya dibawa duduk di sisi sebelah kanan pengantin perempuan.
Istiadat menyuap Nasi Kunyit atau Nasi damai dan makan sirih disempurnakan.
Upacara ini disaksikan oleh kedua-dua belah wali dan saudara mara terdekat.
- Kedua-dua
mempelai akan meneruskan persandingan di halaman rumah untuk memenuhi
permintaan ramai yang belum puas menatap wajah pengantin.
MENYEMBAH (MENERIMA NASIHAT)
Kedua-dua
pengantin dibawa naik ke rumah dan melakukan istiadat menyembah wali wakil,ibu
bapa mertua dan waris-waris. Di sini akan berlakunya pengishtiharan adat resam
nikah kahwin. Nasihat-nasihat tentang kerukunan hidup berumah tangga di lakukan
oleh mereka.
PERAYAAN
Kaum Semai mempunyai hari perayaan sendiri seperti Hari Genggulang/ Menyambut Tahun Baru, Hari Menuai atau Menggulung dan Hari Membuka Ladang Baru.
HARI GENGGULANG
Kebiasaannya disambut oleh Suku Kaum
Semai yang tinggal di kawasan Perak Tengah, Hilir Perak dan Selatan Perak pada
akhir tahun iaitu akhir bulan Disember atau di awal tahun pada bulan Januari
atau Februari. Ia merupakan upacara tahunan yang paling meriah dan penuh
tradisi. Mengikut kepercayaan turun-temurun Suku Kaum Semai, Hari Genggulang
diadakan untuk kesejahteraan dan keselamatan kampung. Namun begitu pada masa
kini upacara tersebut sudah beransur berubah mengikut peredaran masa.
Perayaan dimulakan oleh pawang atau
bomoh dengan mentera dan jampi, “cenagoh” untuk memanggil roh, keramat dan
penunggu yang dipercayai wujud sejak zaman nenek moyang mereka. Pawang atau
bomoh akan melaksanakan upacara tersebut di balei (rumah pemujaan) yang telah
disediakan dalam satu kawasan khas. Balei ini dihias dengan anyaman daun
serdang, mengkuang hutan, bunga-bungaan dan lain-lain. Di hadapan Balei
terdapat dua buah sangkak di mana di kiri kanannya diisi dihidang dengan
“jamuan hantu” yang mengandungi pulut, wajik periong (sejenis makanan seperti
gulai bercampur sayur ubi, keledek, keladi, labu dan abu, pulut kuning dan
telur ayam yang sedang diram dan berdarah di dalamnya). Setelah selesai upacara
di balei, tok pawang akan mengikat pantang.
Kemuncak upacara adalah di mana
setiap penduduk mengadakan kenduri di rumah masing-masing dan orang ramai
dipelawa sama. Untuk meriahkan lagi perayaan itu, ia disambut dengan joget
orang asli atau Modek dan di setengah tempat mereka menggunakan muzik
pengiring. Upacara ini biasanya berlarutan hingga ke pagi hari.
MENUAI DAN MENYULUNG TAHUN
Suku Kaum Semai menyambut hari
menuai padi dengan mengadakan kenduri pada hari pertama padi dituai. Hari itu
merupakan hari yang paling sibuk kerana setiap orang menjalankan berbagai-bagai
aktiviti seperti menangkap ikan, memburu, mengutip sayur, menuai dan menumbuk
padi sebagai persediaan untuk kenduri besar.
MEMBUKA LADANG BARU
Membuat ladang merupakan tugas yang
mesti dilakukan oleh Orang Asli kerana ia adalah punca pendapatan mereka.
Setiap tahun mereka akan membuka ladang baru untuk mendapatkan makanan.
Mengikut kepercayaan setiap hutan tebal, gunung, gaung, bukit, dan anak sungai
ada keramat dan penunggu yang boleh mendapatkan bencana atau bala. Oleh itu
untuk keselamatan diri dan tapak ladang, mereka akan mengadakan kenduri sebagai
menjamu penunggu atau keramat di daerah itu. Kenduri ini biasanya diiringi oleh
sewang diwaktu malam hingga ke siang hari.
KEMATIAN SUKU SEMAI
Gambar : Kubur suku Semai
Apabila
terdapat kematian di sesebuah kampung, biasanya sanak saudara jauh dan dekat
akan diberitahu. Penduduk tempatan akan menziarahi dan membantu upacara
pengkebumian. Ahli masyarakat akan menangguhkan semua kegiatan harian mereka
kerana dikhuatiri roh simati akan marah atau menegurnya dan akibatnya orang
yang terlibat akan ditimpa malang. Kebiasaannya mayat tidak kebumikan pada hari
kematian dengan itu tujuan memberi peluang kepada saudara mara simati yang jauh
datang memberi penghormatan terakhir.
Pada malam tersebut penduduk kampung akan berjaga di rumah simati sehingga pagi untuk mengelakkan mayat tersebut daripada diganggu oleh hantu atau dilangkah oleh kucing kerana dipercayai boleh menyebabkan mayat tersebut bangun dan mengacau. Api akan dinyalakan di sekeliling rumah untuk mengelak atau menghalau hantu yang menyebabkan kematian itu. Kanak-kanak akan ditangkalkan dengan menconteng arang di kedua-dua belah kening atau kedua-dua belah tapak kaki dan juga pada daun-daun yang dipercayai ditakuti oleh hantu.
Pada malam tersebut penduduk kampung akan berjaga di rumah simati sehingga pagi untuk mengelakkan mayat tersebut daripada diganggu oleh hantu atau dilangkah oleh kucing kerana dipercayai boleh menyebabkan mayat tersebut bangun dan mengacau. Api akan dinyalakan di sekeliling rumah untuk mengelak atau menghalau hantu yang menyebabkan kematian itu. Kanak-kanak akan ditangkalkan dengan menconteng arang di kedua-dua belah kening atau kedua-dua belah tapak kaki dan juga pada daun-daun yang dipercayai ditakuti oleh hantu.
Sebelum
upacara pengkebumian, mayat tersebut akan dimandikan dan dibungkus dengan kain
baru atau kain putih dan seterusnya dibungkus dengan tikar, diikat kemas-kemas
supaya senang diusung. Liang lahad digali sedalam 1 meter. Mayat dimasukkan ke
dalam liang lahad. Sebelum di kambus, tiga kepal tanah bercampur arang yang
telah dijampi akan diletakkan di kedua-dua belah telinga dan bahagian dada
untuk memutuskan hubungan si mati dengan keluarganya. Jika tidak, keluarga yang
hidup akan jatuh sakit dan boleh membawa mati.
Setelah
dikambus, kayu yang diukir (ala kadar) dicacak di atas kubur sebagai penanda
dan diikuti dengan upacara meletakkan makanan, minuman dan rokok yang telah
dinyalakan diatas kubur selama enam hari berturut-turut.
Pada
hari keenam, kayu yang telah dibakar akan dialih untuk memberitahu simati
bahawa dia sudah berada di alam lain. Upacara ini dilakukan dalam rumah simati.
Setelah masuk hari ketujuh, keluarga serta penduduk kampung akan
bergotong-royong menambak atau memadatkan tanah kubur tersebut agar tidak
jerlus. Penanda sementara tadi diganti dengan batu nisan yang kekal. Sebelum
meninggalkan kubur, makanan, minuman dan rokok akan dilekatkan diatas kubur
berkenaan. Salah seorang ahli keluarganya akan memegang batu nisan serta
memanggil nama simati seolah-olah menggerakkannya untuk menjamu makanan dan
minuman, di samping berpesan bahawa perjalanannya ke alam lain adalah selamat
dan memohon supaya tidak mengganggu ahli keluarga yang masih hidup.
PANTANG LARANG
Perubatan yang dijalankan oleh bomoh
atau Tok Halaq secara perubatan tradisonal terbahagi kepada tiga cara:
*
Jampi Serapah
*
Berkebut (Berbumbun)
*
Cara Bercagoh
PANTANG LARANG DARI SEGI MAKANAN
Orang yang sedang menerima rawatan
dari Tok Halaq harus mengikut pantang larang yang ditentukan olehnya seperti
berikut:
i.
Dilarang
memakan ikan yang mempunyai sengat (berbisa)
ii. Dilarang
memakan rusa, siamang, ayam denak, tenggiling dan sebagainya bergantung kepada
penyakit yang dihidapi dan mengikut pantang yang dikenakan oleh Tok Bomoh.
iii.
Dilarang
memakan kunyit, cabai, keladi dan makanan yang berwarna merah.
Jika sekiranya ada pesakit yang melanggar
pantang larang tersebut, ia akan memudaratkan pesakit dan akan berlaku “Tekreg”
(Pecah Pantang) dan boleh membawa maut atau Tok Halaq sendiri akan ditimpa
sakit yang teruk yang tidak dapat diubati.
Semasa Tok Halaq memberi rawatan,
orang luar dari rumah atau kampung berkenaan melawatnya kerana ini juga akan
menimbulkan tetreg juga. Semasa rawatan sedang dijalankan pesakit tidak
dibenarkan menerima rawatan dari Tok Halaq yang lain selagi Tok Halaq bekenaan
belum selesai.
Kepada pesakit yang menerima rawatan
tidak dibenarkan membuat kerja-kerja harian kerana dikhuatiri tersentuh
benda-benda yang dikirakan pantang. Pantang-pantang tersebut termasuk:
i.
Memasuki
kain melalui kepala
ii.
Kepala
terantuk kepada sesuatu objek.
iii.
Berdiang
di bawah sinaran matahari atau api
iv.
Mengelakan
diri terkejut atau terperanjat
v.
Mengelakan
diri daripada luka berdarah
vi.
Mengelakan
diri daripada memegang benda yang boleh mengeluarkan cahaya putih. Contohnya
ubi kayu, melihat cermin dan sebagainya.
Selain dari pesakit, orang lain juga
dilarang melakukan kerja-kerja yang boleh memudaratkan pesakit contohnya:
i.
Jangan
bising
ii.
Mengibas
kain
iii.
Menghebah
berita yang boleh mengejutkan atau memeranjatkan.
LARANGAN SEMASA MEMBINA RUMAH BARU
a. Kedudukan rumah dilarang menghala
laluan matahari. Jika tidak mengikut peraturan tersebut penghuni rumah
berkenaaan kelak akan selalu demam dan sakit.
b. Dilarang membuat kerja-kerja
memasang kerja-kerja memasang rumah di waktu senja dan pada hari-hari yang
dianggap tidak baik iaitu bulan 15, 16 dan 17, dipercayai penghuni rumah
berkenaan tidak tenteram dan aman.
c. Kayu alang dan gelegar serta
lain-lain pemasangan hendaklah dipotong mengikut segi rumah tersebut supaya
tidak tertinggal lebihan kayu tersebut.
d. Tiap-tiap pemasangan perabot atap,
penutup gendang hendaklah dipasang pada hari yang sama.
e. Sebelum rumah tersebut didiami,
rumah tersebut ditepung tawar dahulu.
f. Tetamu pertama yang datang secara
bertandang ke rumah tersebut dari kampung/tempat lain dikehendaki bermalam di
rumah tersebut, jika tidak ianya akan didenda.
PINDAH KE RUMAH BARU
Bila sesebuah keluarga pindah ke
rumah baru, sedikit jamuan, upacara “bersemah” atau tepung tawar diadakan
bertujuan untuk menjamu hantu-hantu atau makhluk yang halus. Jika tidak
dilakukan, keluarga yang baru berpindah akan diganggu oleh hantu atau makhluk
halus.
PANTANG LARANG DALAM RUMAH
a. Tidak boleh jatuh di dalam rumah
yang sedang dalam pembinaan. Kalau jatuh, ini boleh mendatangkan sial atau
kurang sihat penghuni rumah tersebut.
b. Seseorang yang akan bermalam di
rumah yang baru dibina eloklah bermalam sehingga 3 malam, jika kurang boleh
mendatang perkara yang tidak baik kepada tuan rumah.
c. Setiap rumah baru mesti diadakan
kenduri atau ditepung tawar. Jika tidak melakukannya mungkin mendatangkan sial
kepada penghuni rumah tersebut.
d. Tidur boleh tidur atau pindah ke
rumah masih belum siap dibina sepenuhnya, kanak-kanak juga dilarang menangis di
rumah tersebut. Jika berlaku keadaan itu, rumah tersebut tidak akan membawa
tuah kepada penghuninya.
e. Sebelum rumah dibina, pawang atau
bomoh akan menjampi kawasan tersebut untuk menghalau hantu-hantu akan
mengganggu penghuni rumah tersebut.
f.
Bila
rumah siap dibina, “Tiang Seri” rumah itu mesti dijampi dahulu oleh bomoh atau
pawang. Tiang atau sudut rumah akan dipangkah dengan kapur atau bedak yang
telah dijampi. Kalau tidak dilakukan, hantu-hantu akan mengganggu penghuni
rumah tersebut.
PANTANG SEMASA MEMBUAT LADANG BARU
Semasa menjalankan pembukaan ladang
baru, beberapa larangan perlu dipatuhi:
a. Kerja-kerja harus dimulakan hari
kelima, kerana hari lain dipercayai tidak baik dan dilarang sama sekali “yong
parong” ini disebut pantang yong (parong).
b. Setelah 3 hari memotong pokok, hari
ke 4 kerja-kerja diberhentikan.Selepas direhatkan sehari iaitu hari kelima ia
akan dimulakan kembali. Kaedah ini dipanggil “Pantang Jex” (Pantang Beliung).
Perkara di atas dikenakan pantang
kerana untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak baik, contohnya ditimpa
pokok-pokok atau luka.
Ketika penanaman dimulakan, beberapa
pantang larang harus dipatuhi sehingga ke peringkat putus menuai.
a. Dilarang mengubah atau mencabut kayu
atau tanda-tanda yang dijadikan sempadan antara satu ladang dengan ladang yang
lain. Jika ini dilakukan boleh mendatangkan penyakit dan ladang tersebut tidak
mendatangkan hasil yang banyak.
b. Setelah menugal tiga hari, hari
keempat diberhentikan. Ianya digelar pantang Pandang Keneh (Kayu Tunggal).
c. Pantang Keneh Neck (Kayu tunggal
yang tidak baik) juga dilakukan pada hari keempat. Pantang ini diamalkan supaya
ladang tersebut memberi hasil yang lumayan.
KENDURI PADI BARU
Pantang ini diamalkan untuk
menunjukkan terima kasih kepada semangat padi (Ruai Bag) kerana semangat
tersebut telah memberi hasil yang lumayan. Jika sekiranya ada orang luar dari
kampung tersebut, orang tersebut hendaklah turut serta sehingga selesai. Jika
tidak ia akan didenda dengan istiadat mengikut tok pawang dengan memohon restu
dari jembalang tanah bagi memulihkan semangat padi tersebut.
a.
Memuja
semangat padi supaya rezeki pada tahun-tahun yang akan datang dapat memberi
penghasilan yang lumayan.
b.
Manakala
denda pulih Ruai Bag, supaya ladang-ladang yang akan datang, lumayan serta
boleh “Mendang Penyalut Koul” (Sampul urat dan simpul biawak) akibat
kemungkaran jembalang tanah dan boleh menjadi lumpuh.
PANTANG SEMASA KELAHIRAN DAN MELAHIRKAN
a.
Anak
yang telah dimandikan akan dijampi dan ditinggalkan supaya tidak disampuk atau
terkena sawan dan diganggu oleh hantu.
b.
Ibu
yang baru bersalin dilarang memakan binatang-binatang dan lauk-lauk yang boleh
menyebabkan anaknya terkena penyakit sawan kerana si ibu menyusu bayi tersebut.
c.
Bagi
bayi yang baru lahir tidak dibenarkan memuji-muji tentang kegemukan dan
kecantikan.
-
Dilarang meminta untuk dipelihara
oleh orang lain. Jika ini berlaku ianya mestilah ditukarkan dengan benda yang
lain, supaya semangat bayi tersebut tidak hilang.
-
Dibawah rumah sentiasa dihidupkan
unggun api di mana tempat ibu bersalin.Ini mengelakkan hantu akan mengacau
tempat dimana daerah dan air ketuban tumpah. Ini akan mengakibatkan bayi
tersebut disampuk hantu dan sakit.
PANTANG SEMASA KEMATIAN
a.
Si mati
disimpan sehari di rumah.
Atas mayat diletakkan seketul
bayu/benda yang berat bagi mengelakkan perutnya kembung
-
Hari seterusnya, unggun api
dihidupkan untuk menyedarkan simati bahawa dia telah berada di alam lain.
b.
Hari
keenam dipanggil “alik palok” (alih kayu yang bakar) yang mana roh simati tidak
lagi berkeliaran.
c.
Hari
ketujuh keluarga simati akan menambak dan memperkemaskan tanah kubur dan
membuat kenduri.
d.
Tempat
di mana simati meninggal dunia, diletakkan makanan dan minuman serta apa sahaja
makanan kegemarannya sehingga hari keenam.
Semasa dalam berpantang mereka ditegah:
a.
Bersukaria
(menyanyi, bersiul, bersorak-sorak, menjerit dan sebagainya).
b.
Berpakaian
cantik.
c.
Semua
jenis kerja ditangguh.
Berkabung menghormati simati dan rohnya oleh penduduk tempatan dan pelawat-pelawat yang ada di tempat tersebut.
a.
Barang
dan alat simati-seperti pakaian, alat memburu - tidak boleh digunakan oleh
orang lain kecuali harta atau pusaka peninggalan diberi dan dibahagi-bahagikan
kepada kaum keluarga.
b.
Alat-alat
pengebumian – seperti cangkul, parang dan sebagainya tidak boleh dibawa naik
terus ke rumah. Barang-barang itu hendaklah direndam dalam air selama satu
malam sebelum dibawa naik.
c.
Orang
yang pergi menanam tidak boleh naik turun rumah. Ianya mesti mandi dan pakaian
yang dipakai semasa pengkebumian tidak boleh dibawa naik ke rumah.
-
Keliling rumah dan di kubur dipasang
api selama seminggu. Di kubur apabila api genap seminggu “dipaling” puntungnya.
Tujuannya roh akan pergi terus.
Anak-anak si mati hendaklah ditangkal, ini pada yang belum dewasa. Dengan menconteng arang bertanda palang (+) di dahi dan di dada bertentang dengan jantung, di belakang tapak tangan dan di belakang tapak kaki.
Anak-anak si mati hendaklah ditangkal, ini pada yang belum dewasa. Dengan menconteng arang bertanda palang (+) di dahi dan di dada bertentang dengan jantung, di belakang tapak tangan dan di belakang tapak kaki.
d.
Pantang
dan larang kepercayaan di atas adalah untuk mengelak hantu daripada mengikut
balik ke rumah.
PANTANG LARANG DALAM PEMAKANAN
a. Kebanyakan binatang-binatang hidup
di darat tidak boleh dimasak atau dimakan bersama dengan binatang di air,
seperti ikan dengan daging kerbau. Jika dilakukan juga boleh mendatangkan
penyakit demam kuning, keguguran rambut, batuk darah, sakit paru-paru, kayap
dan kudis.
b. Sisa-sisa makanan tidak boleh dibawa
oleh binatang, semut tidak boleh ditanam atau dihanyutkan ke dalam air.
Sebaliknya hendaklah dikumpul dan dibakar. Jika tidak, boleh mendapat penyakit
dan kembung perut(busung).
c. Semua air yang bertakung dalam tin,
botol atau tunggul kayu tidak boleh diminum dilangkah atau didekati, jika
dilakukan juga boleh menyebabkan penyakit busung.
-
Buah-buahan yang mana pokoknya
tumbuh dibawah kayu teras atau yang berapit serta dahan atau batang bertakung
air, tidak boleh dimakan.Jika dilakukan juga boleh mendatangkan penyakit.
d. Mengeji dan mengata kepada benda
makanan seperti ikan dikatakan babi dan lain-lain. Jika dilakukan juga boleh
mendatangkan penyakit seperti cirit-birit atau kembung perut(busung) yang
berpanjangan.
PANTANG LARANG SEMASA BERJALAN DI DALAM HUTAN
a.
Tidak
dibenarkan berjanji kerana jika sekiranya salah seorang tidak dapat pergi makna
perjalanan tersebut seharusnya dibatalkan. Jika tidak yang pergi tersebut akan
terkena “Serenglog”. Contohnya, kemungkinan digigit ular, ditimpa pokok, jatuh
dan sebagainya.
-
Dalam perjalanan tidak dibenarkan
bercakap takbur dengan binatang-binatang buas.
b. Pantang menunjuk dan menegur sesuatu
yang ganjil. Orang asli sangat takut menunjuk atau menegur kepada sesuatu yang
ganjil seperti melihat gua-gua besar, pokok-pokok yang menyerupai suatu bentuk
binatang dan sebagainya. Akibat daripada menegur atau menunjuk seseorang itu
boleh mendapat penyakit atau menjadi cacat pada dirinya.
c. Ketawa pada benda-benda atau
perbuatan yang menggelikan hati. Orang Asli sangat takut ketawa pada binatang,
perlakuan yang boleh menggelikan seperti beruk dan juga manusia yang menyerupai
dirinya atau bertopengkan jenaka, juga ketawa pada kupu-kupu dan cacing. Akibatnya
dari melakukan perkara tersebut boleh mendatangkan petir dan rebut yang kuat
serta banjir di tempat pantang larang yang tersebut.
d. Dilarang menyebut binatang-binatang
buas semasa di dalam perjalanan seperti harimau, gajah, buaya dan lain-lain
lagi. Tetapi boleh disebut dengan nama samaran yang boleh disesuaikan dengan
rupa bentuk binatang tersebut umpamanya harimau digelar pak belang.
AMALAN KESIHATAN
MAKANAN
Makanan utama masyarakat Semai ialah
beras dan ubi kayu. Mereka mendapat sumber protein daripada binatang buruan,
ikan, sayur-sayuran, buah-buahan yang didapati dari ladang dan hutan yang
berhampiran. Makanan yang disajikan adalah tertakluk kepada pantang larang
makanan disenaraikan.
PERUBATAN
Daripada segi perubatan, masyarakat
Semai mangamalkan cara berubat sendiri apabila seseorang daripada mereka sakit
sama ada dengan menggunakan akar dan daun-daun kayu atau bomoh.
Bagi sakit atau luka-luka herba
digunakan secara meluas di dalam masyaraka Semai. Jenis-jenis herba yang
digunakan adalah berdasarkan jenis penyakit yang dihidapi. “Slak Selendon” ,
“Slak Mandi Alam”, dihancurkan atau ditumbuk kemudian dipupuk di tempat yang
luka dan dibalut.
Kudis
Buta - Untuk mengubati, daun
“gelenggang” yang telah layu pada api dan dihancurkan kemudian disapu di tempat
yang berkudis.
Bisul - Ia diubati dengan membakar kulit
kerang hangus, kemudian ditumbuk sampai hancur, disapu pada bisul.
Kayap - Batang Kelubi dipancung serong
dan diambil getahnya. Getah itu disapu di tempat yang terkena kayap.
Kurap
dan Panau - Daun
gelenggang dilayu, dihancurkan atau ditumbuk kemudian dipupuk atau disapu di
tempat yang ada kurap atau panau.
Panas-panas
Badan - Akar lalang
diambil sebanyak mana yang boleh, seelok-eloknya akar lalang yang masih muda
direbus dan airnya itu diminum atau Batang Tepus dititik dan diambil sebelah
dalam batang itu dan diletakkan di kepala.
Pening
Kepala - Halia
dipotong kemudian dicium selama lebih kurang 5 minit. Ulangi lagi selepas itu
atau bawang putih dipecahkan digosok di atas kepala.
Patah
dan Terseliuh -
“Daun temu urat” dan “buah jarak ” dibungkus dalam daun pisang dan dipais. Daun
yang telah dipias diletakkan di tempat yang patah atau terseliuh. Kemudian
dibalut. Rawatan seperti ini dilakukan sehingga beberapa minggu atau bulan
sehingga sembuh.
Hidung
Berdarah “Broh” -
Daun sirih atau “Cawi” digulung dalam bentuk kun dan disumbatkan ke dalam
hidung.
PERUBATAN TRADISIONAL
Orang Asli Suku Kaum Semai
mempercayai bahawa penunggu, hantu dan syaitan adalah salah satu punca
seseorang itu mendapat sakit. Oleh itu bomoh atau pawang memainkan peranan
penting untuk mengubat dan mengetahui penyakit-penyakit yang dihidapi dengan
cara berikut:
a. Jampi
b. Bercadak
c. Berkebut
d. Sewang
e. Gegabor
f. Sangkak
g. Tenghor
h. Cekneat
i. Ne-alin
j. Bidan atau Bidat
Salam... saya dalam proses menyiapkan tesis PhD saya berkaitan intelektualisme orang asli. berdasarkan blog ini saya dapati tuan arif sangat arif tengang orang asli. bolehkah saya dapatkan email atau cara untuk menghubungi tuan bagi memudahkan saya berkongsi info dengan tuan dalam usaha untuk mempertahakan nilai intelektualisme orang asli yang kian hilang dalam arus kemodenan kini.
ReplyDeleteterima kasih. email saya eiy.nazri@gmail.com
congratulion
ReplyDeletecongratulion
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletedi sini saya minta saudara membuat pembetulan pada berkaraan. ber itu di kalangan kami perkataan ber itu tidak ada yang ada be sahaja. bagus usaha saudara ini saya amat banbangga dengan cara saudara ini .bahasa semai tidak sama di perak tengah dan hilir perak tidak sama sungkai slim river bidor sama di gopeng dan kawasan perak tengah ada perbizaan nya di pahang jauh bizanya di perak walau sesama kami semai kadang-kadang kami tidak faham apa yang mereka cakap .....
ReplyDeletesalam..boleh saya tahu tak kesenian orang asli semai ni..
ReplyDeleteMa e gah
ReplyDeleteGah bor
Delete