Penempatan rumpun bangsa Temiar yang teramai
adalah di daerah Gua Musang, Kelantan yang menganjur hingga ke sempadan Perak
dan Kelantan. Pada peringkat awal, mereka membuat rumah seperti keadaan rumah
panjang di mana lokasinya ditentukan oleh Penghulu atau Batin melalui kaedah
’berhalaq’. Kemudian mereka akan mula membina kediaman sendiri setelah sekian
lama di rumah panjang tersebut. Mereka menyara kehidupan dengan bercucuk tanam,
berburu dan mencari tumbuhan hutan. Kemajuan negara telah merubah cara hidup
mereka khususnya dalam bidang ekonomi masa kini, di mana kebanyakannya
mengusahakan tanah kebun dan juga bekerja dalam pelbagai sektor yang lain.
Pemilihan penempatan suku Bangsa
Temiar di sesuatu tempat ditentukan oleh penghulu. Ini dilakukan dengan cara
'berhalaq(jampi) atau mimipi. Tempat yang hendak didiami jauh dari tanah
perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti "merbau" dan
sebagainya. Mereka juga tidak membuat penempatan di kawasan berpaya(takungan
air) kerana ditakuti berpenunggu. Begitu juga kawasan air terjun dan sungai
besar juga tidak sesuai kerana ditakuti ada puteri sungai/lata yang akan
mengganggu. Mereka membina rumah daripada kayu (selain daripada kayu jenis
keras) secara bergotong-royong. Di peringkat awal penempatan, mereka membina
rumah panjang. Setelah beberapa lama tinggal di rumah panjang itu, barulah
mereka berpindah dengan keluarga masing-masing dan membina rumah sendiri.
Mereka menyara keluarga dengan bercucuk tanam, berburu dan mencari
tumbuh-tumbuh hutan.
PERKAHWINAN SUKU TEMIAR
Gambar 3 : Patung pengantin Temiar
i.
Adat menanggung (meyakinkan bakal
mertua)
Bakal
menantu lelaki perlu dapat meyakinkan mertua akan kewibawaannya dengan
menawarkan diri untuk menguruskan kerja-kerja seharian. Ini bererti beliau
mempunyai kesanggupan menanggung bakal keluarganya. Adat ini dikenali sebagai
"Adat Menunggu".
Merisik
Kedua-dua
belah pihak mengadakan perbincangan dan mendapatkan persetujuan daripada
kedua-dua pasangan. Kemudian kedua-dua pihak berjumpa Penghulu untuk
mendapatkan restu dan seterusnya menetapkan tarikh perkahwinan. Majlis
perkahwinan diadakan pada waktu malam. Kedua-dua pihak membawa pengiring
daripada ahli keluarga masing-masing. Pihak perempuan menyediakan sebuah bilik
khas bagi kedua-dua pengantin tidur bersama. Pengiring akan memerhatikan gerak
laku pengantin baru dan akan melaporkan kepada kedua belah pihak. Majlis jamuan
akan diadakan pada malam kedua. Pada malam itu juga mereka membakar kemenyan
dan menabur bertih agar rumahtangga yang dibina sentiasa bahagia dan dijauhi
daripada penyakit serta perkahwinan ini juga direstui oleh penduduk kampung.
Majlis ini kebiasaannya akan diikuti dengan tarian sewang di dewan / tempat
khas yang disediakan.
KEPERCAYAAN SUKU TEMIAR
KAREI / ENGKU
Ia dipercayai makhluk yang besar dan
berkuasa yang tinggal di angkasa Karei akan marah dengan menurunkan bala jika
mereka melanggar pantang dan melakukan perbuatan keji.
PENUNGGU
Masyarakat Temiar percaya, tempat
seperti lubuk, lata, teluk, gua, bukit dan gunung ada penunggunya maka ia harus
dihindari dan tidak diganggu. Mereka dilarang menegur atau berkata sesuatu di
tempat tersebut krana ia akan disampuk oleh penunggu terutama bagi mereka yang
lemah semangat.
KAYU MERBAU
Mereka percaya bahawa teras kayu
merbau boleh memanah dan kemungkinan terkena sesiapa sahaja yang lalu di situ.
Terutama pada waktu subuh, senja dan ketika hujan panas serta ada pula pelangi.
PANTANG HARIMAU
Pertemuan di antara dua orang yang
telah berjanji untuk bertemu harus ditunaikan.Jika salah seorang mungkir janji,
dipercayai 'Jelmaan harimau' akan datang mengganggu orang itu.
BUNGA PAKMA
Bunga Pakma tidak boleh dipetik
kecuali "Tok Halaq". Jika terjatuh dan bergolek ketika membawanya,
dipercayai ia boleh bertukar menjadi harimau (ruai).
BUAH-BUAH HUTAN
Buah Perah dan buah-buahan lain di
dalam hutan hendaklah dipetik dalam sesuatu musim dengan satu upacara
bergotong-royong untuk dibuat kenduri. Selepas itu baru ia boleh diambil. Jika
mereka melanggar pantang berkenaan dipercayai 'ruai' buah-buahan akan
mengarahkan harimau mengganggu orang lain.
KEMPUNAN (SELANTAP)
Suku kaum Temiar juga percaya jika
sesuatu keinginan/niat tidak tercapai maka mereka akan kempunan. Kempunan
bermakna mereka akan ditimpa bala/kesusahan.
SUARA BURUNG
Apabila burung 'Chiap Chereyet'
berbunyi, ini bermakna menegur roh simati yang sedang berkeliaran. Sesiapa yang
mendengar bunyi ini hendaklah mengasap badan dengan asap supaya 'badi' tidak
mengganggu atau merasuk keluarga mereka.
KEMATIAN
SUKU TEMIAR
Apabila
berlaku kematian, Tok Halaq akan megesahkan kematian tersebut. Berita kematian
akan diberitahu kepada penghulu dan seterusnya kaum keluarga terdekat. Mayat
tidak boleh dimandikan atau dibersihkan. Ia dipakaikan pakaian baru dan
diselimutkan dengan kain baru, kemudian digulung dengan tikar baru dan
diikat.Selepas itu, ia diletakkan di atas pengandar (usungan) yang dibuat dari
buluh cincang.Sebelum mayat dikebumikan, unggun api dinyalakan di bahagian kaki
atau kepala simati untuk mengelakkan roh simati mengganggu ahli keluarganya.
Nyanyian
'Chinchemm' (lagu sedih) dinyanyikan semasa mengiringi mayat ke tanah
perkuburan. Tanah perkuburan biasanya terletak di seberang sungai untuk
mengelakkan hantu yang membawa kematian, balik. Liang dikorek lebih kurang
sedalam dua meter. Semua harta kepunyaan simati akan ditanam bersama-sam mayat
sementara barang-barang lama dan rumahnya dibakar. Sekiranya 'Tok Halaq'
meninggal dunia, mayatnya tidak terus ditanam sebaliknya diletakkan di dalam
bilik khas di rumahnya. Kaum keluarganya akan menyalakan unggun api di bawah
rumah tersebut selama tujuh hari untuk mengelakkan mayat daripada diganggu oleh
binatang buas. Kaum keluarga akan berpindah ke tempat baru. Dalam tempoh
berkabung selama 40 hari semua aktiviti dalam bentuk hiburan diharamkam.Setelah
selesai berkabung barulah majlis kenduri diadakan.
Gambar : Keranda Temiar
Acara buka pantang
Setelah
tamat tempoh pantang selama 40 hari, diadakan pula 'Acara buka Pantang
Kematian'. Tiga hari sebelum upacara ini dijalankan, Kauam keluarga dijemput
berkumpul semula dengan tujuan untuk mengumpulkan bahn makanan bagi majlis
kenduri. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama menguruskan
penyediaan makanan dan kumpulan kedua menyediakan tempat bersewang. Tempat
sewang akan dihias dengan pucuk 'calon' buah kepala (palas) untuk dijadikan
seludang palas(Tempok Kuar) dan bunga
AMALAN BERSOSIAL
SUKU TEMIAR
1. BERTANDANG
a. Tetamu hendaklah pasti ada orang
dirumah sebelum bertandang. Tanpa memakai kasut tetamu boleh naik ke rumah
setelah dijemput.
b. Tetamu mesti menegur ketua rumah
terlebih dahulu dan bertanyakan khabar.
c. Tetamu selalunya menghadiahkan
sesuatu kepada ketua rumah seperti rokok atau tembakau.
d. Tetamu akan minta diri untuk balik
dan bertanyakan pesanan untuk dibawa kepada penghulunya (jika tetamu dari
kampung lain).
2. ADAB
BERCAKAP DENGAN MERTUA
Menantu lelaki tidak boleh bertentang mata dengan ibu
mertua dan menantu perempuan tidak boleh bertentang mata dengan bapa mertua
semasa bercakap. Mereka boleh bercakap melalui orang tengah (Orang
Perantaraan).
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete